Wednesday, September 29, 2010

gemuk loser!

aku suka quote kan apa yang orang cakap terhadap aku. sebab pada aku, pandangan sudut orang lain terhadap aku adalah pandang yang terbaik untuk menggambarkan diri aku yang sebenar.

korang boleh baca apa yang si jijul duk tulis pasal aku dalam satu perenggan.


dia cakap aku poyo. memang semua orang cakap aku poyo. tapi aku nak highlight kan yang dia cakap aku buat apa yang aku cakap. tak ramai yang cakap macam tu. mungkin tak ramai yang sedar yang aku ni sebenarnya suka merealisasikan janji janji aku. aku tak suka cakap kosong. pada aku cakap kosong tu perangai bangsat.

macam dulu, aku cakap aku takkan balik rumah sampai raya. tapi aku balik rumah jugak. tu lain. tu aku kejar cita cita aku. kalau aku tak balik masa tu, aku takkan dapat masuk sony detik bersama handycam tu pon. kan? so jangan sekali korang ungkit benda tu lagi dekat aku.

jadi sekarang aku nak janji satu benda dekat korang semua yang tengah baca blog aku sekarang ni. aku nak kurangkan berat badan aku. aku dah bosan orang cakap aku gemuk. jadi untuk menambah cabaran dalam hidup aku, aku tambah syarat. selagi aku tak capai target aku, atleast 10kg aku turun, selagi tu aku takkan bukak langsung twitter.

deal?

6 comments:

afiqsiddhartha said...

aku tak suka twitter tak meriah. Tu je nak cakap.

Nyze 二ザ Crazee said...

serious ke ni?
usaha elmo usaha!
go elmo go!
ganbatte elmo-kun~~~

Vanilla Popsicle said...

heh. tak payah peduli orang cakap asal kau happy. haha.

Anonymous said...

Aku sokong afiq. Maka nak memeriahkan dia, everyday kau kena tweet tips nak kurus.

Elmi said...

hahaha cadangan yang baik! satu hari satu tweet untuk tips kuruskan badan. good!

penulis.sahaja said...

aku mcm nak tulis benda mula2. tp lepas tu aku lupa.
apa2 pon jgn ah silent tweet.