Saturday, October 2, 2010

shiznit

aku sebenarnya paling pantang dengan orang yang ikut trend. konon ikut peredaran zaman. aku tak suka orang macam ni. pada aku dorang ni hipokrit.

contoh trend semua orang ada dslr. eh aku pon beli jugakkk dslr. lepas tu trend basikal fixie[aku tak tau betul ke tak], semua orang pon nak ada basikal tu. semua orang pon kumpul duit nak beli basikal tu.

ingat dulu trend pergi gig? semua orang pon nak pergi gig. punyalah berpusu-pusu. lepas dah pergi gig, ada trend, dorang ada band, aku pon mesti ada band. dah beriya buat band serta merta.

lepas tu ada pulak trend pakai supra. dia pon beriya pergi cari sepasang [aku pakai lepas trend dah habis]. paling bangsat, trend shuffle. bersepah gila mamat poyo duk shuffle dekat depan maybank bukit bintang tu.

sumpah aku tak suka orang yang ikut trend ni.

aku jenis yang, kalau dah ramai orang buat benda tu, benda tu dah hilang seri dia. dah tak best untuk aku teroka. pada aku, orang yang ikut trend ni, dia tak jujur. dia tak jujur pada diri sendiri. sepatutnya dia teguh pada diri dia. tak perlu ikut trend pon tak apa.

contoh manusia manusia yang cukup awesome yang aku kenal, yang cukup jujur dengan apa yang dorang buat sampaikan dorang sendiri tak pernah fikir pasal trend. dorang tetap dengan apa yang dorang buat, dari dulu, sampai sekarang. kalau dorang musician, dorang akan tetap main musik, walaupun trend band and gigs dah habis. kalau dorang penulis, dorang akan tetap tulis walaupun zaman blogger dah pupus. kalau dorang photographers, dorang akan tetap snap gambar orang walaupun gantung dslr dekat leher dah tak shiznit macam dulu.

orang orang awesome yang jujur dengan diri dorang sendiri ni, korang boleh cari dekat sebelah sini ------>

dorang terlampau awesome sampaikan aku sanggup buat satu list orang orang awesome yang tak pernah ambil peduli perkataan 'SHIZNIT'.

footnote : aku dengar sekarang dah ramai yang nak jadi filmmaker. filmmaker is shiznit kot. ah malaslah nak jadi filmmaker kalau macam ni! [drama]

3 comments:

LUMUT said...

aku xde dslr...
aku x penah pegi gig...
nak bershuffle apatah lagi...
basikal pon x mampu beli....
tapi aku perhatikan satu2 zaman tuh beredar...
bertukar tukar....
bersilih ganti..
lepas tu pergi.mati tak bernadi.

dan sama juga dengan trend bertudung utk kaum perempuan..bertukar2..sume ikut trend bertudung macam2....aku mcm biasa perhatikan dari jauh fesyen ni silih berganti....
tapi aku tetap dgn tudung yang lama...

best kan tak ikut trend ni??

kita bukanlah dikatakan ketinggalan zaman.
cuma mungkin kita lebih selesa begitu.
=)

penulis.sahaja said...

auwwwww. terasa dihargai..

Aqmar Aziz said...

so true. dari dulu dah nak luahkan benda yang lebih kurang sama macam ni,tapi tak dpt cari the right words.