Tuesday, August 3, 2010

twitter 101 in malay.

jaga jaga. entry ini akan jadi amat panjang kalau aku terleka.

hari ini cikgu elmi nak ajar semua orang dalam dunia internet ni cara menggunakan twitter atau lebih tepat, cara sebetulnya untuk menggunakan twitter.

aku ni bukanlah hebat sangat dalam bidang twitter ni. tapi pengalaman aku duk bosan spam twitter ni, ada faedahnya. bukan aku spam semata mata spam cari nama macam sesetengah orang dalam dunia twitter tu. aku guna twitter untuk info dan untuk peroleh kawan.

ah kan dah lari topik.

okey, apa itu twitter?

sesetengah dari pembaca mungkin dah lali dengan perkataan twitter sambil baca entry ni sambil cakap, apalah yang elmi ni duk bebel ni, aku expertlah! atau ada sesetengah yang sebenarnya tak tau apa pon pasal twitter ni sebenarnya. facebook tau lah!

twitter ni sebenarnya aku pon tak tau apa benda twitter ni sebenarnya! hahaha

okey aku tipu.

twitter ni dia macam facebook punya update status tu. tapi dia semata mata update status tu. tak ada komen komen, like like ni semua. gambar pon cuma profile picture yang kecik tu satu je. jadi, updatelah status kau sampai lebam.

tu sebab aku cadangkan kepada orang yang selalu sangat update status dekat facebook tu, buat je twitter. sebelum orang naik menyampah kau duk tukar status facebook setiap 10 minit.

okey sekarang korang dah faham apa tu twitter.

sekarang aku nak cerita apa yang selalunya orang tak nampak atau tak tau pasal twitter ni.

benda paling selalu aku nampak terjadi dekat twitter adalah kes bila seseorang tu duk merungut orang tak reply tweet dia. padahal dia tak tahu yang sebenarnya orang tak dapat pon baca tweet dia.

contoh : si @shakinahsaduri ni tengah bosan. maka dia ternampak @liyanajasmay buat status pasal makan ayam kfc. si @shakinahsaduri ni pon reply tweet dekat @liyanajasmay berbunyi begini ;

@liyanajasmay woi aku pon lapar woi. bak bagi sikit dekat aku kfc tu.

lepas tu dia merungut sebab @liyanajasmay tak pernah seumur hidup dia reply tweet dia. kenapa? sebab @shakinahsaduri tak sedar yang dia sebenarnya protect tweet dia. dan malangnya, @liyanajasmay tak follow dia. maka, tweet tersebut tak pernah sampai dekat @liyanajasmay.

lain ceritanya pulak dengan @shafiqhelmi, yang kebetulan memang tengah makan kfc jugak time tu. maka dia pon reply tweet dia kepada @liyanajasmay berbunyi begini ;

@liyanajasmay gua pon tengah makan kfc ni. lu mesti tengah makan dengan member sekolah gua si @aizatamdan5 tu kan?

dan dengan serta merta, @liyanajasmay dapat baca tweet tu. sebab @shafiqhelmi tak protect tweet dia. tapi @liyanajasmay tak reply pon. sebab takkan dia nak reply semua orang yang reply tweet dia. ye tak?

ada juga kes lain yang sering aku nampak terjadi dalam twitter.

contoh : band @hujanband sedang membuat road tour serata malaysia. dan sedang buat soundcheck di salah satu venue. maka mereka pon snap lah satu gambar drummer mereka, @azhamahmad sedang setup drum set dia, dan mereka pon post status dekat twitter berbunyi begini ;

@azhamahmad sedang setup drum set! http://twitpic.com/elmi123

tapi dia orang tak sedar yang tweet yang dia orang baru buat tadi tu, tak semua 7528 followers dia orang boleh baca dekat homepage masing masing. tapi cuma mungkin beratus followers yang follow kedua dua @hujanband dan @azhamahmad sahaja yang boleh baca tweet tersebut. yang lain yang tak follow @azhamahmad, kena masuk twitter page @hujanband baru boleh nampak tweet tersebut.

setiap tweet yang bermula dengan nama tweet orang lain, hanya mutual followers sahaja yang boleh baca.

kalau @hujanband buat tweet yang macam ni, baru semua followers mereka boleh baca ;

drummer kami, @azhamahmad sedang setup drum set! http://twitpic.com/elmi123

get it, no?

ada lagi kes lain yang agak remeh temeh. tapi aku rasa semua orang perlu ambil berat.

seperti contoh, @waniardy sedang lapar dan tak tahu untuk membuat pilihan makanan. sama ada meggi atau indomie. maka dia pon suruh followers dia undi untuk membantunya membuat pilihan. dan pada ketika itu, ada lima enam followers beliau yang reply. antaranya @afiqsiddhartha, @elmielmo dan @xalongx serta @ikmalibrahim.

dan setelah undi dikira, pemenangnya diberitahu oleh @waniardy dalam tweet yang berikutnya ;

@ikmalibrahim @elmielmo @xalongx @afiqsiddhartha and meggi it is. selamat menjamu selera!

masalahnya mula timbul bila @afiqsiddhartha ini merupakan seorang yang amat malas untuk check bahagian 'mention' dalam twitternya. dan dia tak juga follow @ikmalibrahim. maka, tweet tersebut tadi, tak keluar di homepage twitternya. hanya di bahagian 'mention' sahaja. tapi sebab dia tak check, maka dia tak perasan. dan dia mula merungut.

pada waktu yang sama, @elmielmo dan @xalongx ini nampak tweet tersebut di homepage masing masing kerana masing masing telah follow @ikmalibrahim dan @waniardy kedua duanya.

kes diatas adalah lebih kurang sama dengan kes bila @hzrh follow @zatilnajat. tapi @zatilnajat tak follow @hzrh. tapi dua dua mereka tak protect tweet mereka. bila @hzrh reply kepada @zatilnajat, @zatilnajat seharusnya check di bahagian 'mention'. kena aware. as simple as that.

ada satu fungsi twitter yang dinamakan RT atau dalam bahasa penuhnya, retweet. ramai yang pada aku menyalah gunakan fungsi tersebut. termasuk aku sendiri.

RT digunakan apabila untuk menyampai sesuatu informasi dari orang lain, kepada orang yang lain. contoh bila @aleffush nampak @katyperry shopping dekat petaling street. dia pun tweet ;

omg omg aku nampak @katyperry shopping dekat petaling st!

dan untuk menyebarkan berita tersebut, si @kosai09 pon RT tweet tersebut. jadilah ia begini ;

RT @aleffush: omg omg aku nampak @katyperry shopping dekat petaling st!

sepatutnya inilah kegunaan RT. selalunya digunakan apabila tersampainya sesuatu berita penting. atau maklumat penting. tetapi malangnya pengguna twitter menggunakan fungsi RT adalah untuk menunjuk nunjuk.

contoh bila @juliana_evans reply tweet @gracegynda berbunyi begini ;

@gracegynda eh bila nak lepak lagi ni?
dan @gracegynda pon dengan poyonya nak sakitkan hati @elmielmo, dia pon RT ;

RT @juliana_evans : @gracegynda eh bila nak lepak lagi ni?

saja nak menunjuk. tak elok betul.

ada juga orang yang menggunakan fungsi RT ini untuk menunjukkan tweet yang mana satu yang dia reply. contoh bila @azreelazhar banyak sangat tweet pada malam itu. lalu @edt83 pon nak reply salah satu tweet @azreelazhar. untuk mengelakkan kekeliruan, @edt83 pon buat macam ni ;

dekat mana wei? RT @azreelazhar : datanglah show aku esok!

tapi kalau dah setiap tweet tu kau nak RT, payah jugak wei. biar kau RT sekali, lepas tu reply macam biasa je. ada yang jadi semak bila contoh :

oh aku tak ingatlah. RT @azreelazhar : sampai hati kau lupa. RT @edt83 : oh yang tu... RT @azreelazhar : dekat gravy baby lah! RT...http://twitlonger.com/elmi123

hamek kau semua nak RT. sampai jadi panjang gila tweet tu. so not cool.

aku rasa itu je kot penyalahgunaan twitter yang aku tau. ini semua berdasarkan pengalaman aku menggunakan via tweetdeck, snaptu, mobile web, web, dan juga myspace. aku tak pernah guna blackberry. maka tak tau sama ada sama atau tak penggunaannya.

dan maaf sebab aku terpaksa guna nama twitter kawan kawan aku sebagai contoh. dan juga artis artis. contoh je tu semua. bukan dorang pon yang buat kesalahan ni semua. pinjam nama je pon.

dan aku juga nak cakap dekat sini yang sebenarnya, aku pon buat je kesalahan kesalahan diatas ni. tu yang sampai orang annoying dengan aku dekat twitter tu hah. heheh

tapi pada aku, twitter ni untuk aku dapat berita pantas. dan untuk aku meluahkan perasaan pada satu satu ketika. dan juga untuk aku berkenalan dengan kawan baru. kalau tak ada twitter, maka tak ada maknalah @iamdiandra nak kenalkan aku dengan @amorawbot. dan kalau aku ni bajet artis dan protect twitter aku, aku takkan dapat kenal @iamdiandra pon in the first place.

kan?

heheh

dan pada aku, status twitter paling hebat dalam dunia ialah dari @nohsalleh yang berbunyi begini ;

kalau tak suka, UNFOLLOW. jangan paksa diri untuk baca tweet aku.

okey letih dah type!

13 comments:

mirot. said...

@elmielmo TERBAIKLAH.! HAHAHAHA

Elmi said...

@miraahmad hah kongsilah info ni dengan kawan kawan ye? :D

huda said...

gilaaa kompliketed.best ke twitter.

penulis.sahaja said...

@elmielmo apesal aku punya contoh dekat LJ? kasi laa Lisa Surihani ke.

AfiDani said...

nak kongsikan dgn member2 aku jugak,boleh?

Anonymous said...

Tapi tak guna juga kalau dalam seminggu ni hanya mampu refresh dan baca orang update. Nak RT pun tulis kat wall fb. T.T

Anonymous said...

Aku taktau komen aku dah terhantar ke belum. Dah 4 kali aku taip. Hmmph.

Anonymous said...

Tapi apalah guna bila hanya mampu refresh tweet je kan. Nak RT pun tulis kat wall Facebook.

Elmi said...

huda , tak tau la best ke tak. addicted jugaklah. haha

@shafiqhelmi mana boleh @lisasurihani. nama dia terlalu cantik untuk masuk entry aku. LOL

afidani, sila sila.

@shakinahsaduri amboi suwit gila sampai 3 kali komen.

coffeeaddict said...

ok @zatilnajat terharu sebab @elmielmo guna nama I sebagai contoh. HAHAHAH~

Elmi said...

@zatilnajat alahai tu pon nak terharu. hahahaha

Anonymous said...

terima kasih..dapat belajar macam2.huhu

ceghap said...

pembetulan padangan twitter yg ko ckp mcm facebook.. twitter ni adalah blogging.. microblogging.. Ko tahu apa tu blogging. leh pikir kot apa tu microblogging.

basisc command utk twitter..

@username + msg <---- untuk ko respon atau contact kawan ko

D username + msg <--- untuk Priveate message kawan ko

WHOIS username <--- untuk tahu profile kawan ko tu(guna dalam mobile atau website twitter)

GET username <--- untuk untuk tahu latest twitter dari kawan ko

NUDGE username <--- ingatkan kawan ko utk update status twitter

FAV username <--- untuk mark twits kawan ko as favourite

STATS <--- intuk tahu berapa ramai yg follow org yg follow kau... dan brapa org kau follow..



sorry aku noob pasal twitter ni...