Saturday, July 31, 2010

kejar cita cita. bukan kejar cinta.

seperti ramai yang tahu, aku punya cita cita yang besar untuk berjaya. dan salah satu cita cita aku adalah untuk menjadi seorang pengarah filem atau pengarah video muzik yang tak terkenal, tapi bagus dan disukai ramai hasil karyanya.

aku mungkin akan balik nilai isnin ini. dan akan memerah otak untuk membuat satu masterpiece baru yang berdurasikan sependek dua minit sahaja. tapi aku nak buat tiga.

aku dicabar [aku tak pasti sama ada dicabar atau diberi kata perangsang] oleh salah seorang idola aku untuk menyertai satu pertandingan yang dianjurkan oleh salah satu stesyen televisyen berbayar.

aku sahut bukan kerana aku rasa tercabar. tapi aku sahut sebab aku tahu ini peluang aku.

korang siap sedia free kan waktu korang sabtu ahad depan untuk merelakan diri korang untuk menjadi watak watak penting dalam filem pendek-filem pendek aku nanti.

wish me the best of luck.

2 comments:

0.21 said...

bole bg details psl contest ni, sound interesting je.

Elmi said...

check murai.com.my.