Wednesday, August 4, 2010

twitter dan kami.

hai. jumpa lagi saya elmi. dan mari baca saya bebel bebel lagi harini. dan tak perlu rasanya awak awak ni duk tengok banner baru blog saya dekat atas tu. tu kaki saya masa kurus. tak macam sekarang. nak pakai seluar tu pon dah tak muat sampai lutut tersekat dah. padahal baru setahun.

okey dah merepek.

merepek sebab selalunya beberapa perkataan pertama akan keluar dekat facebook. hihi

baiklah, hari ini aku nak cerita pasal twitter dan aku. dan juga twitter dan beberapa kawan aku. semalam dah bagi hint and tips untuk orang guna twitter macam mana. hari ni nak celoteh pasal twitter dengan aku pulak.

dalam twitter, aku ada kawan baik. [hah jangan tak tau dalam twitter pon ada kawan baik, bukan in real life je ada BFF]. nama dia orang, @afiqsiddhartha [kawan baik masa sekolah menengah], @shakinahsaduri [dia ni kawan paiz], @shafiqhelmi [dia ni penyanyi lagu Lenyap] dan @afiqsafwan [dia ni jarang sikit buka twitter].

kami berempat[kecuali @afiqsafwan] ni memang dah tahap ketagih dah guna twitter ni. kalau tak nampak status kitorang tiap tiap hari, memang tak sah lah. tapi cuma sejak dua tiga hari ni kalau perasan, dah tak ada status dari @elmielmo, @shakinahsaduri, dan @afiqsiddhartha dah. cuma kadang kadang kelihatan @afiqsafwan membantu @shafiqhelmi membuat perancangan supaya kami bertiga update status twitter kami.

kenapa ntah ye agaknya?

sebabnya kami bertiga ni sekarang sedang bercuti dari laman twitter. cuti update je, tapi masih stalk stalk lagi twitter. taknak ketinggalan zaman dengan berita berita sensasi.

si @afiqsiddhartha. dia jenis yang tak boleh pendam perasaan sorang sorang. dia mesti nak meluahkan isi hati dia dalam twitter. kang kalau luah dekat facebook, kena disabled sebab update banyak sangat. maka dia luah di twitter.

si @shakinahsaduri. dia jenis yang memang kaki spam gila gila dekat twitter. dia perasan dia artis. apa yang dia tengah buat, mesti dia nak tweet. dia buat assignment ke, room-mate pasang lagu kuat ke. semuanya dia tweet. kira lebih kurang macam @afiqsiddhartha, tak boleh pendam sorang sorang.

si @elmielmo. dia ni lagi lahanat. dah la spam twitter. lepastu suka menyampuk orang bercakap. lepastu suka RT tweet orang. lepas tu selalu sangat menang contest dalam twitter tu. macam macam tiket dah dia menang dalam twitter tu. hebat. tapi dia punya satu tabiat. dia suka tweet benda benda remeh temeh. dia bukan apa, tapi dia memang dari dulu, suka bercerita. jumpalah siapa siapa pon, bukan main dia bercerita [kalau setuju dengan statement ni, sila klik butang like dekat bawah sana]. jadi bila dia tak jumpa siapa siapa, dia dah tak ada tempat nak bercerita. lalu berceritalah dia didalam twitter. dengan harapan ada yang sudi melayan. lagi satu perangai dia ni, apa je yang terlintas dalam otak dia, dia tweet. dia nak semua orang tau apa yang dia tengah fikir. yeah, wtf right? tapi dah perangai dia macam tu. terima aja lah.

jadi untuk membataskan ketagihan serta membataskan tahap meluat orang terhadap diri masing masing, si @shakinahsaduri pon buat satu bet. kalau ketiga tiga kami ni dapat tahan dari ber-twitting selama seminggu, dia akan belanja makan carls jr. jadi aku sahut dengan senyuman. tapi last last dia yang menggigil tak dapat nak tweet. kesian.

padahal @elmielmo dengan @afiqsiddhartha pon menggigil jugak. alahai macam orang ketagih dadah tu.

habis dan dan wall facebook masing masing jadi tempat tweet. mesti mutual friend semua stok bingung je.

tapi kami ada cabaran yang datangnya dari dua orang yang tak bercuti dari twitter. @shafiqhelmi dan @afiqsafwan. amboi bukan main lagi tweet menyakitkan hati. mentang mentang dia orang boleh tweet.

si @shafiqhelmi. dia lebih kurang macam yang tiga atas tadi. cuma dia lebih suka tweet lirik lagu sendiri. dan dia ni lagi berani. nak berak pon dia tweet. dan dia suka kacau abang kakak artis dalam tweet.

si @afiqsafwan. dia ni jarang tweet. tapi sekali tweet, memang jiwang habis. tergoda i. hahaha

dah lah aku buat entry ni bukan ada orang baca pon. hujan pulak. baik aku tidur.

oh ya, kalau rasa aku annoying suka spam twitter, unfollow je lah. takyah banyak bunyi. okthnxbye!

1 comment:

penulis.sahaja said...

dah habis idea nak suroh korang tweet.