Monday, August 9, 2010

cubaan untuk mengubah mentaliti malaysia.

beberapa minggu lepas, sewaktu aku sedang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke rumah aku di Nilai menaiki perkhidmatan KTM Komuter, aku dapat melihat sekelompok orang-orang muda [belia] yang merungut kerana perkhidmatan Komuter yang jelas kurang memberangsangkan.

dan pada masa yang sama, aku juga turut merungut. tetapi aku lepaskan rungutan aku di laman twitter.

pada waktu itu, aku berfikir. dalam.

ada tak dalam Malaysia ni, tempat untuk orang-orang biasa macam kita ni untuk meluahkan rasa tidak puas hati tentang apa apa yang tidak berkaitan dengan politik. seperti contoh, KTM Komuter. nak harap masing masing yang tak puas hati tu tulis complain letter, memang aku tau semuanya pemalas.

jadi aku terdetik untuk mencipta satu tempat yang membolehkan semua rakyat malaysia meluahkan rasa ketidakpuashatian mereka. agar satu hari nanti, mungkin orang orang tertentu akan dapat mendengar, dan mengubah apa saja yang berkaitan.

kata wawasan 2020 nak maju. dan aku rasa, asas kepada negara maju adalah, mentaliti rakyat itu sendiri. dan usaha rakyat itu sendiri untuk cuba mengubah Malaysia untuk jadi lebih maju.

maka terciptalah : Two Minutes TV.


jom sertai kami jika anda rakyat Malaysia yang prihatin!

1 comment:

NiZaM Limited said...

Yurp..i'm going through most of videos on facebooks..quite a brilliant idea..tapi intro tu rasenye kena proper sket..dgn sluar pendeknya..ahaks..