Tuesday, August 17, 2010

YNWA

sumpah aku dah tak ada idea langsung nak update blog ni buat masa ni. kadang kadang otak manusia buntu tak tau nak buat apa bila saban hari duduk terperuk dalam rumah sahaja. biasalah kelas setakat hujung minggu saja, hari lain duk membuta. perlu cari kerja.

memandangkan musim bola sepak liga perdana inggeris sudah bermula, kali ini aku berkemahuan untuk bercerita tentang peluang pasukan kegemaran aku untuk musim 2010-2011 ini.

seperti logo yang tertera di atas ni, memang terbuktilah aku ni seorang yang tidak akan berjalan seorang diri yakni seorang penyokong Liverpool. takkanlah aku nak tepek logo Arsenal pulak kan?

aku akui, aku bukan dah lama menyokong Liverpool ni. aku baru saja berjinak-jinak untuk menyokong Liverpool. baru pon tak baru sangat, adalah dalam lima tahun macam tu.

sebelum ini aku merupakan penyokong tegar Chelsea dan sebelum Chelsea, aku merupakan seorang setan Manchester United.

aku punya fanatik terhadapa Manchester United sampai aku pernah jugaklah tengok bola MU lawan Coventry dekat Old Trafford sekitar tahun 2001. masa tu MU menang 4-1. tapi selepas beberapa tahun, aku sudah tidak mahu untuk menyokong MU kerana merasakan bahawa sangat tidak RARE bila semua orang pon nak berpusu pusu sokong MU. rasa macam meniru dan rasa macam insecure gila babi bila sokong pasukan yang selalu menang. takut gila nak rasa kalah.

lantas aku bertukar menyokong Chelsea. perlu ditekan disini, aku mula menyokong Chelsea adalah sebelum Roman Abrahamovich ambil alih kelab tersebut. tapi selepas kejadian peribadi [putus cinta], aku mengambil keputusan untuk tidak lagi sokong Chelsea sampai mati. semuanya gara gara bekas kekasih aku seorang penyokong Chelsea yang akan update keputusan perlawanan semasa aku berada dalam kolej dulu. gila pathetic sia aku ni.

lepas tu aku terus beralih kepada Liverpool. sampai lah sekarang ni. aku pilih Liverpool sebab sejarah kelab dia. sebab dia punya penyokong yang supportive gila babs. penyokong yang true. dan pengaruh paling kuat datang dari dua orang pakcik aku. sampai sekarang ni, memang aku hafal betul lagu You'll Never Walk Alone tu.

tahun 2001 dulu, sebelum ke Old Trafford, aku ke Anfield. aku tak tipu, rasa bila berada di Anfield sangat lain dari rasa bila dekat Old Trafford. tak percaya, korang pergi rasa sendiri.

okey okey. dah jauh sangat aku lari topik ni.

peluang Liverpool musim ni? senang nak kata, peluang untuk top four pon susah gila babs. sebab team team musim ni semuanya hebat. tapi dengan adanya pengurus pasukan yang baru, Roy Hodgson, aku percaya Liverpool boleh pergi jauh. sejujurnya, aku lebih prefer Harry Redknapp untuk mengurus Liverpool atau Martin O'Neill. tapi Hodgson pon tidak kurang hebatnya.

kedatangan Joe Cole dalam Liverpool juga bakal memberi impak. setidaknya bagi aku. kerana pada aku, Liverpool memang memerlukan seorang lagi pemain yang mampu mencipta sesuatu didalam perlawanan selain Gerrard dan Torres.

kalau tiga tiga Gerrard, Torres dan Joe Cole cergas sepanjang musim, Liverpool paling teruk pon boleh duduk nombor tiga. dan mungkin final Europa League dan FA Cup.

cuma satu yang bakal aku rindu. Mascherano. aku harap sangat dia tak pergi. tapi kalau dah tak ada jodoh, maka aku harap sangat Lucas dan Poulsen boleh ganti tempat dia dengan baik.

dan kalau nak jadi juara EPL musim ni, sila tolong beli pertahanan kiri lagi seorang. tolong.

aku janji walau apa pon terjadi, ini adalah kelab terakhir yang akan aku sokong.

You'll Never Walk Alone.

3 comments:

afiqsiddhartha said...

poulsen bukan dah pindah juve? Ke aku salah info dan terbalik?

Elmi said...

poulsen dari juve pergi liverpool la wehh. hahaha

Tora Gagarin said...

haha . dulu aku pun suka chelsea . masa tu zaman Zola . haha . masa tu aku dok sekolah rendah lagi . bila dah remaja belia ni . aku suka Liverpool . bukan sebab carlberg okay . tapi sebab dia true and true terbaik dari semua aspek . holigans la jugak aku ni . haha . liverpool kan kg. budak budak beatles .