Tuesday, August 24, 2010

entry ini tak mampu ada tajuk.

aku seorang yang paling susah untuk buat keputusan. PALING susah. susah buat keputusan sebab pada aku, setiap keputusan yang akan aku buat, mesti akan mempengaruhi orang orang yang aku sayang dalam hidup aku.

percaya cakap aku, bila aku cakap aku sedang dalam ambang untuk memilih, aku memang tengah serabut dan celaru.

apa yang aku mahu adalah cuma yang terbaik.

hari ini aku perlu lalui satu lagi fasa membuat pilihan dalam hidup aku.

mahu mengejar cita cita diri sendiri atau mahu mengejar impian orang lain.

aku tahu, ramai manusia dalam dunia ni yang telah dan bakal lalui fasa ini. fasa membuat pilihan untuk mencorak kehidupan diri sendiri untuk masa depan.

seperti yang diketahui ramai, aku telah di shortlisted kan untuk sebuah pertandingan video-making anjuran astro. aku sangat berharap yang aku akan terpilih sekurang-kurangnya untuk ke Top 6. please, Top 6 pon jadilah. lepas tu baru boleh letak target lebih tinggi.

tapi masalah mula timbul, bila aku masih belum tamatkan pengajian aku. masih ada lagi satu kertas yang perlu aku habiskan. dan jangka masa pertandingan yang aku masuk itu adalah sangat bertindih dengan jadual kelas aku.

masalah pertama dah datang pagi tadi. bila workshop dan ujibakat untuk pertandingan tersebut ditunda pada 3 september. dan pada hari tersebut, aku punya ujian untuk kertas aku di UiTM. jika tak datang ke workshop, aku akan di disqualified. jika tak datang ujian, aku perlu struggle untuk kumpul markah yang memang susah gila babs.

solusi?

aku perlu merayu kepada pensyarah untuk tunda ujian selepas raya. dan kalau boleh, mintak surat dari pihak astro. supaya ada hitam putihnya kenapa aku tak datang ambil ujian.

atau, aku boleh terus minta cuti satu semester dari UiTM. dan aku perlu tambah lagi satu semester di Pulau Pinang. menjadikan 10 semester keseluruhannya. 5 tahun untuk diploma adalah suatu yang gila. lebih gila dari orang gila dalam Shutter Island.

tapi aku dah bayar yuran. rugilah RM690 aku tu.

jadi apa aku nak buat ni? mampu tak aku nak cuba kejar cita cita aku dan impian orang tua aku dalam masa yang sama? mampu tak elmi? aku tau aku mampu, cuma aku perlukan sedikit nasib dalam jadual pertandingan dan lain lain.

dan berita ini baru masuk. esok pagi saya ada interview kerja. maka belajar sambil kerja sambil sertai pertandingan realiti tv.

masa depan aku sangat cerah kalau tengok secara terus. tapi bila fikir secara pesimisnya, aku mampu hilang ketiga tiganya sekali gus kalau aku tak pandai jaga disiplin aku.

doa kan aku berjaya. itu saja yang aku minta dari korang semua, kawan kawan yang aku sayang.

=)

4 comments:

Unknown said...

all the best bro

Moja [Bulan] said...

tgok cite 3 idiots. Aal izz well!! :)

Along said...

huu.

along baca pun takut nak tau ape decision kamu, mo. but whatever u choose to do, we are right here supporting u okay? :)

Linglung said...

bro..lu kena berani harung semua ni, hati kena kental..lu kuat, lu kental, gua yakin hasil nnt sangat berbaloi2..gua rasa kalau dpt postpone exam lu lepas raya, cantik sgt la tuu.

all the best bro!