Friday, July 23, 2010

turn off.

turn off. dalam bahasa malaysia ianya bermaksud tidak berkenan. atau lebih molek bunyinya, tidak suka. atau paling aku suka, meluat.

sebenarnya aku tak tau pon dalam bahasa melayu nak cakap apa turn off ni. sebab aku tak pernah dengar orang cakap dalam bahasa melayu pon. kan?

okey okey.

aku ada berkawan dengan seorang perempuan ni. dia ada cakap dalam blog dia yang ada sesetengah perbuatan lelaki ni yang akan buat dia rasa turn off gila dengan lelaki tu.

okey jangan ingat perempuan je yang boleh rasa turn off. aku yang lelaki ni pon boleh rasa turn off dengan perempuan jugak weh. jangan kau main main. hah.

aku tak tau lah bagi orang lain, macam mana rasa turn off dia. tapi bagi aku, inilah dia beberapa perkara yang sudah pernah terjadi dalam hidup hampir 22 tahun aku mengenali perempuan.

ada sekali tu, aku adalah date dengan seorang perempuan ni yang aku kenal menerusi kawan baik aku. dia nampak baik. sangat mengambil berat. tapi bila jumpa, dia, emm, macam mana aku nak cakap? dia tak tinggi. paras bahu aku. adik aku lagi tinggi dari dia. turn off.

pernah jugak sekali tu, aku kenal seorang perempuan ni. aku kenal dia melalui facebook. agak moden jugak kan kenal dalam facebook ni. dalam facebook, bukan main lagi cun. bila aku ajak keluar minum minum, dia keding. sangat keding. aku takut kalau selalu aku bawak dia keluar, nanti dia melayang bila terpaksa merempit dengan aku. turn off.

masa zaman dulu dulu, aku ada kenal seorang perempuan ni dekat sekolah. dia cantik. sangat cantik. cikgu cikgu selalu puji dia cantik. tapi bila dah rapat dengan dia, dia ni mengongkong habis habisan. tak bagi peluang langsung dekat aku nak bersendirian. walaupun kau tu istimewa pada aku. tapi tak semestinya 24/7 aku kena ada dengan kau. ye tak? turn off lagi.

kalau gadis bertudung pulak. aku paling tak suka kalau kau pakai tudung, tapi tak ikhlas. cara kau pakai pon dah boleh nampak yang kau tak ikhlas pakai tudung. kau pakai, sebab kau kata wajib kena pakai. tapi dalam hati kau meronta sebenarnya nak buka sebab panas. nak tunjuk rambut kau yang dah potong tu. tak ikhlas beb. turn off.

ada satu perempuan ni yang aku pernah rapat ni, kitorang macam ada chemistry gila babi. tapi ada satu masa ni, dia punya masalah dengan family dia. dan dengan aku aku sekali dia ignore terus. at least bagitau aku apa jadi. tak adalah aku ni jadi macam tunggul kayu. dekat dua minggu lepas tu baru dia cari aku balik. tak salah rasanya kalau bagitau dulu, baru ignore. turn off kot wei.

ada satu ketika ni dulu, tahun lepas rasanya. aku adalah rapat dengan perempuan ni. tapi lama lama, aku tak boleh nak terima yang dia tu sebenarnya anak orang kaya. pada aku itu turn off sebab aku yakin aku tak mampu nak masuk minang dia. hihi

ada sikit masa dulu, aku keluar dengan perempuan ni. dia ni boleh kata famous jugaklah. famous tak famous, tapi ramai orang kenal. tapi ada sekali tu, aku dah beli tiket konsert untuk aku dengan dia. lepas tu dia cakap last minute yang dia tak ada transport. dan sikit pon tak usaha nak naik kenderaan awam. dua tiga hari sebelum tu dia senyap je tak cakap apa pon yang dia tak ada transport. turn off turn off.

lepas lepas tu sikit, aku ada rapat dengan perempuan ni pulak. dia ni jenis yang senang sangat nak rapat dengan orang. dan dia buat semua lelaki yang dia rapat ni macam boyfriend dia. kejap keluar dengan lelaki ni, kejap keluar dengan lelaki tu. janji nak date dengan aku hari rabu, tapi hari selasa date dengan lelaki lain. playgirl. dan pada aku, itu adalah turn off.

cara pemakaian juga selalu buat aku meluat dan lalu turn off. ada seorang ni perempuan ni, dia kata dia model. tapi cara pemakaian dia, nak kemana pon, dia dress up gila gila. pergi gig tapi pakai high heels. pffth. turn off okey?

aku juga tak suka sangat bila perempuan tu cakap dia manja, padahal dia sebenarnya gedik. gedik dan manja adalah dua perkara yang jauh bezanya. tak percaya, google. aku sangat tak boleh belah bila hari hari nak suruh aku sms dia good night bagai. wei, biar aku sms kau ikhlas boleh tak? turn off la kau ni.

ada lagi seorang gadis yang aku kenal ni. lagi best. aku baru keluar dengan dia tiga empat kali, dah pandai pandai sendiri nak jumpa mak ayah aku. siap sms adik aku cakap nak datang rumah bagai. eh, tunggu aku yang ajak tak boleh ke ? gelojoh sungguh. turn off.

paling paling aku pantang, kalau perempuan tu minum arak. kalau kau hisap rokok, aku memang suka sangat. tapi kalau kau minum arak. aku memang tak suka sangat. turn off turn off turn off.

lagi apa?

oh ye, aku juga tak berapa nak suka dengan perempuan yang suka menunjuk sangat tentang kebahagian hubungan. contoh, duk heboh sana sini yang dia sedang bahagia dengan boyfriend. duduk sebelah sebelah pon nak buat status facebook sayang bagai. please la.

apa lagi apa lagi?

nak ikutkan banyak lagi. tapi jenuh nak type semua. tapi itulah aku. banyak sangat yang buat aku tak suka seseorang tu. kawan kawan baik aku semuanya kenal aku. kalau aku ada kenal perempuan, mesti akan ada perkataan 'tapi'. tapi tapi tapi. sebab banyak sangat benda yang boleh buat aku turn off.

macam mana orang tak kata yang aku ni cerewet gila babi ?

3 comments:

Anonymous said...

nyah, mak like yang no. 4 nyah~~

scha said...

ada?

coffeeaddict said...

mengadalah you. tak suka makan durian. turned off! HAHAHA :P