Saturday, July 24, 2010

brotherhood.



dua tahun lepas pada hari ini, aku langsung tidak sangka yang hari ini aku akan menulis pasal budak ni.

setahun lepas pada hari ini, aku sangat tak boleh tidur pada waktu ini. aku risau sangat yang semuanya akan menjadi buruk.

tapi hari ini?

aku bersyukur sangat sangat sebab aku dikurniakan seorang adik lelaki yang ternyata lebih handsome dari aku.

muhammad zulhezry zullifan.

betapa sayangnya aku kepada dia sampaikan nama dia pon aku yang bagi.

nama hezry kalau ada yang tak tau, diambil sempena nama pemain gitar kugiran hujan. hezry atau lebih dikenali sebagai AG. pada golongan saudara mara mungkin tak tau logiknya aku letak nama dia sempena nama AG. mereka orang tua. dan fakta menunjukkan yang dia orang tak kenal pon siapa AG tu. aku rasa AG cukup hebat dari segi segalanya untuk dijadikan seorang idola. akhlak dan kerjaya. itu sebab adik aku, sama nama dengan dia. full stop.

okey habis cerita pasal nama.

aku sebenar-benarnya, bila dapat tahu yang umi mengandungkan ezry, aku memang tak mahu dia. walaupun jauh dalam sudut hati aku, memang aku teringinkan adik lelaki. betapa terdesaknya aku untuk mendapatkan seorang adik lelaki sejak aku ada ayu 16 tahun dulu. tapi berdepan dengan situasi umi yang sudah agak berusia untuk bersalin, aku jadi risau. aku risau aku akan hilang umi aku.

okey ini bukan cerita pasal umi. ini pasal ezry.

tapi bila semuanya berjalan dengan lancar, aku rasa best gila dapat jadi abang kepada seorang adik lelaki. dulu masa sekolah dulu dulu, aku cemburu gila tengok afiq ada adik lelaki nama alif. main bola sama sama. pergi sekolah sama sama. usya awek sama sama. dan walaupun aku sedar yang mungkin aku takkan dapat main bola sama sama ezry mahupun usya awek sama sama ezry, but still, Tuhan dah makbulkan doa aku untuk ada adik lelaki. walaupun dia lagi handsome dari aku. pfth.

tapi nampak sangat yang aku ni bukan abang yang baik, kan? sebab aku pada awalnya taknak dia ada. siap pernah aku suruh umi gugurkan kandungan. kejam aku ni. aku kejam.

tapi tu cerita dulu beb. heh.

dari sejak ezry dilahirkan, aku selalu curi curi bisik dekat telinga dia masa dia tidur. sebab aku selalu baca artikel, kalau kita selalu bisik dekat bayi, dorang akan cepat proses.

aku selalu bisik dekat telinga ezry supaya dah besar nanti dia tak jadi loser macam aku. aku nak dia jadi jauh lebih hebat dari aku. dan ye, aku tak hebat mana pon seperti yang korang korang ni sangka. kawan kawan rapat aku semua kata aku loser. betul kata haters, aku cuma rumput yang mengaku diri lalang.

dah. ni bukan cerita pasal aku. ni cerita pasal ezry.

ezry ni untuk pengetahuan korang, dia ni cerdik. dan dia ni cergas gila. senang cakap dia hyper. tapi dia sumpah pandai gila. cuma aku tak paham kenapa dia masih botak. dan dia seboleh boleh tak nak berjalan kalau orang pandang dia. tapi bila orang tak pandang, bukan main lagi dia jalan.

ah, aku sebenarnya dah lost tak tau nak cakap apa.

adik, kalau dah besar nanti, kalau kau dah boleh baca ni, aku nak kau tau yang walau macam mana kau lagi handsome dari aku pon, kau tetap tak boleh jadi aku. hahaha

okey ending tak best. bye.

aku tak puas hati sebenarnya bila kau nak sokong germany dengan abah.

ni masa first time kau keluar rumah. pergi makan secret recipe lagi.

kecik kecik dah pergi bandung usya awek. tak ajak aku pulak tu.

kau suka buli budak sebaya kau. dengan kak dada pon jadi mangsa.

kau jadi perhatian ramai orang sebab kau handsome.

abah nak sangat kau ganti lee chong wei satu hari nanti.

gaya tidur kau paling aku tak paham sekali.

walaupun kau kuat merengek, tapi kau handsome.

okey aku tipu. walaupun kau kuat merengek, tapi aku sayang kau.

bukan aku sorang sayang kau. tapi semua orang sayang kau.

tapi kau dah setahun. pandai pandai behave lepas ni. sebab umur dah setahun dah layak kena rotan dengan drumstick. ingat kak ayu beli drumstick tu untuk kau main ke apa? [gambar atas tu paling latest. dia pakai crocs yang aku beli sebagai hadiah hari jadi, siap ada nama AG].

12 comments:

Along said...

untung AG punye abg mcm kamu elmo :)

happy birthday AG!!

afiqsiddhartha said...

Aku rasa bila besar hezry boleh buat jumping smash tanpa ragu ragu walaupun time dia servis. Haha. Bila umur dia meningkat 20, kau baru 40-an. Masih boleh usya awek sama sama dan dalam masa sama, ole team lawan time futsal. Tag team. Selamat hari lahir botak.

afiqsiddhartha said...

Aku rasa bila besar hezry boleh buat jumping smash tanpa ragu ragu walaupun time dia servis. Haha. Bila umur dia meningkat 20, kau baru 40-an. Masih boleh usya awek sama sama dan dalam masa sama, ole team lawan time futsal. Tag team. Selamat hari lahir botak.

afiqsiddhartha said...

Aku rasa bila besar hezry boleh buat jumping smash tanpa ragu ragu walaupun time dia servis. Haha. Bila umur dia meningkat 20, kau baru 40-an. Masih boleh usya awek sama sama dan dalam masa sama, ole team lawan time futsal. Tag team. Selamat hari lahir botak.

HazirahMahadzir said...

hoih!
kau kasik Ezry deting dengan aku sehari, aku belanja kau Kapitan weyyy!

happy birthday Handsome!

paizhassan said...

huh sigg, post la biar cukup sedozen

WNRD said...

Rindunya dak botak! Happy birthday, dak botak. Nanti September kita jumpa tau. Nak buat dak botak nangis lagi. Tiu tiu tiuuuuuu

::NelyLeyana:: said...

comelnyer adik ko... bestnye ade adik kecik... untungnye ko...

zchr said...

shcuweeeeetnye abang! haha. happy birthday zulhezry comel! ;)

Fynn Jamal said...

nak nangis...

nn said...

oh. comel :)

Elmi said...

terima kasih korang sebab cakap adik saya lebih comel dari saya. my confidence is reaching an all time low.