Tuesday, July 20, 2010

phat phamily.

keluarga. atau dalam bahasa orang mat salleh, family. dalam wikipedia, family bermaksud sekumpulan manusia yang berkongsi hubungan yang rapat. lebih kuranglah aku translate dari english ke bahasa melayu.

nak pendekkan cerita, aku sebenarnya ada 4 family. 4 keluarga bahagia.

keluarga pertama aku, semestinya keluarga yang melahir dan membesarkan aku. keluarga yang memang takkan ada galang ganti.

keluarga kedua aku adalah keluarga yang kita kita ni namakan sebagai keluarga Bulan. setiap kali pandang bulan, tolong ingat kami. keluarga yang bagi aku, membina siapa sebenarnya elmi yang korang kenal hari ini.

keluarga ketiga aku adalah keluarga askar. keluarga yang mana didalamnya, aku adalah yang paling bongsu. kakak-kakak dan abang-abang yang terdiri dari orang orang hebat dalam bidang masing masing. yang sentiasa memberi tunjuk ajar serta nasihat kepada aku.

dan yang terakhir setakat ini, keluarga Raingers. nama luaran sahaja yang menunjukkan kami ini kelab peminat kugiran hujan. tapi malang bagi haters, kami bukan sekadar kelab peminat. kami keluarga yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. tak kira raingers yang dari zaman zaman hujan.org, mahupun raingers yang sekarang ni tengah menggila.



atas ni semua ni [kecuali keluarga pertama], bukan kawan aku. mereka adalah keluarga aku. keluarga yang akan aku sentiasa sayang sampai hujung nyawa aku. sebab kawan boleh tikam belakang kawan. keluarga, air yang dicincang takkan putus. EVER !

i love you guys.

okey sekarang dah sampai part dimana korang boleh ambil tisu dan kesat air mata.

1 comment:

Anonymous said...

aku pulak, tergolong dalam keluarga mana? ;)