Tuesday, July 27, 2010

tak ada kena mengena dengan inception.

aku tau ramai yang dah tengok inception. dan ramai gila yang cakap cerita tu best gila babi. dan aku tak terkecuali untuk cakap yang cerita tu best. gila. dan babi.

best sebab pengolahan cerita dia. gila sebab mana ada manusia pernah mimpi sampai 4 layer. babi sebab last last tu dia tinggalkan aku macam terpinga sama ada benda tu nak jatuh ke tak. tak ke babi?

okey aku selalu lari tajuk.

entry aku kali ini langsung tak ada kena mengena dengan cerita inception ni. walaupun idea dia tetap sama, iaitu mimpi.

aku rasa satu mimpi pon dah cukup untuk ubah persepsi manusia terhadap segala macam benda dalam dunia ni.

satu mimpi pon dah cukup untuk buat kita bangun pagi, dan merenung dalam tentang hidup kita ni.

macam apa yang aku alami pagi tadi. aku mimpi pasal seorang perempuan bertudung dan berskinny datang menghulur tangan dekat aku supaya tumpang dia naik kereta dia pergi kelas. dan aku sumpah tak pasti siapa yang dalam mimpi aku tu.

samar.

dan sejak pagi tadi, aku rasa aku sudah mula boleh menerima gadis bertudung kembali dalam hidup aku. selama ni persepsi aku terhadap gadis bertudung sangat lain. aku men-generalisasi kan gadis bertudung.

semuanya semata-mata kerana bekas kekasih yang terlalu mengongkong dan dia bertudung.

sekarang aku nak browse satu facebook nak cari perempuan yang datang dalam mimpi aku tadi tu. okey bye.

3 comments:

penulis.sahaja said...

haha. siapakah gerangannya mimpi mu itu.

mirot. said...

adakah bekas kekasih anda hanye ade seorang? yang bertudung & mengongkong itu? sampai persepsi anda terhadap perempuan bertudung lain bertukar mungkin seperti si ex?. aha.
tukar prasangka tu sebab tak semua manusia sama perangai ;)
Moga bertemu si jelita dalam mimpi encik Elmi ;D

Elmi said...

apit : aku pon tak pasti. aku nak pergi cari nanti.

mirot : bekas kekasih ada ramai. tapi yang mengongkong dan bertudung hanya satu. jadi terus jadi general dekat situ. haha