Sunday, June 6, 2010

dia tak suka kau.

ini untuk bacaan para lelaki sahaja. perempuan tak perlu nak baca. sebab aku nak mengumpat kau orang ni. pergi main jauh jauh.

pergilah main jauh jauh. tak faham bahasa ke ? hish.

okey , sini aku nak cerita dekat kau orang lelaki , macam mana nak tau yang sebenarnya kau memang tak ada peluang langsung dengan seseorang perempuan yang kau suka.

aku tau , ada perempuan yang baca lagi ni. tak suka betul aku bila orang tak faham bahasa ni.

okey pertama , perempuan tu tak nak kau jadi lebih dari kawan bila kau ajak dia keluar berdua , dia bagi alasan. kalau sekali dia tolak , mungkin betul dia sibuk , tapi kalau dua tiga kali dia tolak , baik kau buang dia dari calon bakal isteri.

kedua , perempuan tu tak nak kau jadi lebih dari kawan bila dia keluar dengan kau , dan dia selalu sangat cerita pasal lelaki lain. dia cerita pasal bekas kekasih dia , dia cerita pasal lelaki idaman dia , dia cerita pasal budak kelas dia. kau memang tak ada peluang dude , baik belah.

ketiga , perempuan tu tak nak kau jadi lebih dari kawan bila , dia dah rapat dengan kau , tapi dia masih lagi keluar dengan kawan-kawan lelaki dia on regular basis. kadang kadang keluar berdua. kau memang tak ada peluang sebab kau hanyalah seorang kawan biasa macam kawan kawan dia yang lain.

empat , perempuan tu tak nak kau jadi lebih dari kawan bila , kau keluar dengan dia , tapi handphone dia berbunyi dan dia lari bila jawab. atau dia reply sms dalam keadaan sembunyi sembunyi. dia memang ada lelaki lain , dan kau hanya teman dia shopping saja.

lima , perempuan tu tak nak kau jadi lebih dari kawan bila , dia ternampak kau dari jauh , dan dia cuma senyum saja. dia tidak sedikit pon mencuba untuk datang bertegur sapa dengan kau. bila dia tak ada inisiatif nak datang dekat kau , kau rasa dia suka kau ke tak ?

enam , perempuan tu tak nak kau jadi lebih dari kawan bila , dia mengelak untuk bertentangan mata dengan kau. tu obvious gila dia tak nak jatuh cinta dengan kau.

tujuh , perempuan tu tak nak kau jadi lebih dari kawan dia bila dia tiba tiba jadi super busy. tiba tiba dia macam tak ada masa nak jawab call kau , nak reply sms kau. jadi , kau boleh pergi lari jauh.

lapan , bila perempuan tu cakap , dia tak nak letak label dalam relationship kau orang , maknanya sampai bila pon kau takkan dapat buat dia jatuh cinta dengan kau. tak perlu nak taruh harapan. baik berambus.

sembilan , bila perempuan tu bagi banyak alasan untuk lebih mengenali kau , nampak sangat dia tak nak kau jadi lebih dari kawan. kau dah bagi hints , tapi dia masih cakap yang dia tak tau kau suka dia atau tidak. dari kau merana esok lusa , baik kau merana hari ini.

sepuluh , bila perempuan tu dah mula menipu kau , tu memang maksudnya dia tak suka kau dan dia nak kau jangan terlalu rapat dengan dia lagi. selalunya perempuan akan keluarkan ayat , 'i need space'. space = aku tak suka kau. kau tak menepati cita rasa aku.

sebelas , perempuan tu tak berminat dengan kau bila , dia setuju nak keluar dengan kau , tapi bila dah nak sampai waktunya , dia cancel. tu maksudnya dia tak nak keluar dengan kau. dan kau jangan putus asa nak ajak dia keluar lagi , dan dia akan buat perkara yang sama berulang-ulang kali sampai kau dapat tahu yang dia dah ada lelaki lain.

dua belas , perempuan akan nampak sangat tak suka kau bila dia cuba kenen-kenenkan kau dengan perempuan lain. dia nak ubah perhatian kau supaya kau suka dekat perempuan lain. baik kau jaga jaga !

satu yang kau orang perlu aware dengan perempuan ni adalah bila dia orang cakap dia orang main main , maknanya betul dia orang main main. bukan macam kita lelaki , kita cakap kita main main , padahal sebenarnya kita tak main main pon. kan ? kan ? aku tau , kau orang tak payah bohong.

nak ikutkan , banyak lagi hints yang kau orang boleh tau yang dia tak suka kau , tapi aku malas la pulak nak bagi tau semua. kang tak pasal semua perempuan tak ada lelaki nak ngorat.

suka tak aku bocorkan rahsia perempuan ni ?

7 comments:

Syaznur said...

no 12 saya tak setuju. kantoii pulak saya baca. damnn
betul ah tu, hebat lah elmi!

yuyu_aqqi said...

ske =D
hebat la..

Anonymous said...

at last ada juga yang faham perempuan itu apa. clap2 sama elmi. dia hebat.

hm aku patut ke baca benda nie??

:: Cik Buncet :: said...

agak macam betol la jugak. hey perempuan kene baca untuk membenarkan segala fakta. hahaha ;D

Wani Ardy said...

Nombor lima dan enam, salah.

"lima , perempuan tu tak nak kau jadi lebih dari kawan bila , dia ternampak kau dari jauh , dan dia cuma senyum saja. dia tidak sedikit pon mencuba untuk datang bertegur sapa dengan kau. bila dia tak ada inisiatif nak datang dekat kau , kau rasa dia suka kau ke tak ?"

Ini biasa dilakukan oleh perempuan yang pemalu. Kadang-kadang dia senyum tandanya dia mahu AWAK yang datang menegur. Kalau dia betul tak mahu awak, dia tak senyum pun asalnya. Dan bila awak dah datang tegur, baru borak setengah jalan tiba-tiba dia dah tarik diri atas alasan yang kurang kukuh, itu baru tanda dia tak nak.

"enam , perempuan tu tak nak kau jadi lebih dari kawan bila , dia mengelak untuk bertentangan mata dengan kau. tu obvious gila dia tak nak jatuh cinta dengan kau."

Tak semestinya. Ini sama ada dia SANGAT tak nak awak, atau dia SANGAT nak awak. Kalau awak bukan siapa-siapa pada dia, dia tak perlu "mengelak" pun. Awak macam halimunan saja pada dia. Ada perempuan yang SANGAT nak tapi dia in denial. Or again, shy. She doesn't want to be caught watching you. Dia nak awak yang tengok dia.

Which brings us to an extra point:

At an event, if a girl keep passing you by, even without looking an inch at you, she wants you to notice her.

evaa said...

demmittt!kantoi haha
tp en kalo org pemalu cm i ni en *acece*
byk kali org tu ajak kua, bru i ckp okay
haha pemalu kot *acece lagi*
kalo ajak sekali dua nmpk mcm krg ta smgt je enn enn

yg mata tu salahh wehh
kngkdng sbb kitrg suke aa ta pndng lelama
mata tajam! segan ya amat!
haha :D

coffeeaddict said...
This comment has been removed by the author.