Monday, May 9, 2011

Assistant Cameraman 101 in malay.

okay semalam dah cerita pasal Production Assistant. harini aku pilih Assistant Cameraman pulak.

apa dia skop kerja assistant cameraman ni?

okay. dah terang terang dia tulis situ assistant cameraman. mestilah kerjanya tolong cameraman. ye tak?

tapi tolong apa?

assistant cameraman ada terbahagi kepada beberapa orang. selalunya dua atau tiga.

first assistant cameraman adalah focus puller. duduk tepi kamera, kena pastikan every single shot tu gambar dia sharp. tak soft. tak blur.

second assistant cameraman adalah loader. kena reload filem dalam kamera setiap kali habis satu satu roll filem tu. *

third assistant cameraman selalunya vtr. kena pastikan monitor sentiasa ada untuk pengarah. dan kerja kerja lain mestilah sentiasa membantu first assistant cameraman.

kerja kerja lain untuk ketiga tiga assistant cameraman ini adalah, pastikan lens kamera sentiasa terjaga, filters sentiasa bersih, dan bateri kamera sentiasa re-charge. angkat angkat kamera, pasang pasang kamera tu semua perkara biasa.

itu je kot yang korang perlu tau. basics. jumpa lagi!


* fun fact : satu roll filem yang panjangnya 400 kaki, cuma boleh digunakan untuk selama 4 minit sahaja. kalau 24 frame per second lah.

2 comments:

scha said...

oh laki aku third assist cameraman rupanya..baru ku tahu..hahaha

Elmi said...

dia PA je. cuma dia tolong tolong kitorang. aku yang third assistant cameraman. cuma masa tu aku busy kena buat kerja kamera yang lain. tu pasal dia buat vtr.