Monday, May 9, 2011

Production Assistant 101 in malay.

seperti yang aku janji, aku akan kongsi apa apa benda yang aku tau pasal pembuatan filem mahupun drama tv dalam blog aku yang ni. instead of post entry emosi je, baik buat benda faedah sikit.

maka harini aku akan tulis pasal skop kerja sebagai Production Assistant. manalah tau kot kot ada yang berminat nak kerja benda ni ke. atau dapat kerja benda ni, tapi tak tau apa skop skop kerja yang perlu anda buat. meh baca ni bagi korang tak lost hari pertama kerja nanti.

production assistant ni skop dia besar. sebab basically dia akan tolong the whole production team. dari pre-production, sampailah ke production tu sendiri. dan kalau bernasib malang, sampai ke post-production.

kalau masa pre pro tu macam biasalah. kerja paling mudah; fotostat skrip, stapler, binding dan sebagainya. tolong assistant director buat schedule. tolong production manager buat breakdown bagai semua. kalau rasa rajin lagi sikit nak senang dapat next job, pergi buat air kopi untuk semua orang. sebab masa pre pro mana ada handyman bagai semua ni. kan?

masa shooting pulak, selalunya, production assistant ni ada ramai. tengok jugak production filem yang macam mana. ada production yang cuma ada satu je production assistant dia. tapi yang lain selalunya sekurangnya akan ada dua atau lebih. baca dalam kontrak dia tulis apa. nanti mesti ada kurungan lepas ayat "production assistant" tu. contoh; Production Assistant (Director's Department). jadi kalau dah ada bracket bracket bagai tu semua, senang kerja korang. skop kerja makin kecik. kalau director's department, tolonglah director, assistant director bagai tu semua. mungkin kena tolong pegang clapperboard. mungkin kena tolong panggil artis. mungkin kena payung artis. mungkin kena block traffic. kalau wardrobe department, tolong artis pakai baju je. kalau art department, tolong setup prop atau mock up bilik mengikut kehendak director. dan sebagainya.

kalau rajin, macam biasa, boleh je buat semua kerja. kalau rasa tak ada kerja sangat tu, ringan ringankanlah tulang tu tolong team teknikal pasang trek ke bagai semua tu. propaganda lah sikit kalau nak orang panggil next job. come on, tu pon nak kena ajar ke?

masa post pro pulak. kerja paling mudah. terpaling mudah. kira stok, dan tutup akaun barang barang production yang keluar. tu je.

jadi itulah serba sedikit apa yang aku tau pasal skop kerja seorang Production Assistant. aku tau, sebab ada pengarah dengan produser cakap aku production assistant paling power dorang pernah dapat. sebab aku terpaling tak suka duduk diam tak buat apa.

ada apa apa nak tanya?

1 comment:

*cimOt* said...

suke videonyer!!