Friday, March 11, 2011

syaiton nirajim.

sekarang aku sudah mula bekerja. macam biasa, aku kerja sekejap sekejap. kerja sehari, habis. kerja dua hari, habis. kerja dua puluh hari, habis. sekarang kerja 40 hari.

alhamdulillah, dapat call haritu, dapat offer kerja dengan production filem Lagenda Budak Setan 2. aku memang suka nak mampus dapat kerja ni. sebab aku tau ada Lisa Surihani. WOOHOO!

setakat Maya Karin tu aku tak heran dah pasni. sebab hari hari bakal tatap muka dia. jangan korang jeles. hmph!

jadi, makanya, memang aku takkan update lah blog ni sampai sebulan lebih. bersawang lah jadinya lepas ni.

*sighs*

tapi aku sumpah tak sabar nak tunggu Lagenda Budak Setan 2 ni keluar wayang, terpacak nama aku dekat ending credit, dalam kategori "camera department". naikkkk pangkat dah katanyaaaaa!

foot note : dah tengok Merong Mahawangsa. sumpah filem epic yang paling epic dalam sejarah filem malaysia. tengok dua puluh kali pon aku tak kesah (syarat : orang belanja).

2 comments:

It's Feesa said...

Good luck Bemy! Kerja elok elok :)

Anonymous said...

Wuhuuu! Tahniah, and keep your good works dude! :)