Saturday, March 12, 2011

fun facts about mhdzlhlmzllfn

aku bosan dan belum mengantuk. maka mari tulis sikit untuk buat mata redup.

1 - tak makan sayur.

2 - seorang pendengar yang bagus. tapi aku jenis tak pandang mata orang yang bercakap, aku akan buat buat macam tak dengar, tapi aku dengar penuh tajam. tak percaya, tanya kawan kawan aku.

3 - seorang yang paling annoying. kalau lepak dengan aku, bila aku dah sumpah paling mengantuk/penat, aku akan jadi super annoying. korang kena layan aku sampai korang rasa menyampah nak layan aku. aku mungkin akan memulakan bermacam macam jenis permainan. dan korang kena layan aku. kalau tidak, aku main sorang. lagi annoying nak mampus.

4 - kalau aku ada kamera, sila jauhi aku. sebab macam macam yang aku boleh buat dengan kamera tu.

5 - pemalu kalau tak biasa dengan orang. tapi kalau dah biasa, paling muka tembok.

6 - pemalas di rumah. rajin di tempat kerja.

7 - bersin 6 kali berturut turut. kalau tak percaya, KIRA!

8 - twitter-freak. apa je yang jadi, benda kecik kecik pon, aku akan tweet. kalau rasa taknak dimalukan, cepat cepat cakap dekat aku, jangan tweet. aku masih bertolak ansur dan hormat terhadap maruah orang lain.

9 - pemegang rahsia yang paling hebat. kalau korang cakap rahsia, aku memang akan rahsiakan sampai mati. tapi kalau korang tak cakap rahsia, memang aku heboh dekat satu dunia.

10 - seorang stalker paling hebat.

11 - seorang yang senang dibuat berkawan. kalau kau pernah lepak makan satu meja dengan aku, terus kau dianggap sebagai kawan aku.

12 - senang dipijak kepala. tu pasal banyak kali buat kerja free je.

13 - penakut jarum (makanya selalu akan mengelak berjumpa doktor).

14 - peminat paling setia Liverpool.

15 - kalau main bola, aku paling suka main winger (walaupun gemuk lari tak laju).

16 - 171 cm dan 75 kg ketika artikel ini ditulis.

17 - lahir johor bahru. besar selangor. matang negeri sembilan. aku tak pernah mengaku aku orang selangor.

18 - seorang yang mudah jatuh cinta dan sukar melupakan.

19 - tak gengster (tidak pernah menyertai pertubuhan ///).

20 - pernah dapat offer jadi pilot. dah lepas segala ujian IQ (seorang yang mempunyai IQ yang tinggi sebenarnya), dah lepas proses temuduga. tapi malang, aku seorang rabun warna. biru hijau kuning.

21 - menggangap Aiman, Fendy, Shy, Najmi, Lihin, Moja, Hasrul, Muaz, Afiq Adli, Afiq Siddhartha, Capyq, Erie, Emon, Miraj, Jijul, Baim, Omar, Zymn, Alef sebagai kawan paling baik (BFF).

22 - seorang yang paling kedekut. hence, sangat pandai menyimpan duit.

23 - kuat merajuk.

24 - senang dipujuk.

25 - tak pandai buat apa apa pon sebenarnya. jika ada kelebihan, semuanya datang dari Allah. tapi kebanyakkan kelebihan aku, hanyalah cerita gebang ciptaan diri sendiri.

till then, good night!

3 comments:

scha said...

okay, kau bukan lagi dah BFF aku. T_________T

Anonymous said...

171cm? aku 164cm tapi kenapa aritu cam aku lagi tinggi? kehkehkeh

Along said...

tipu 171 cm tuuu. betulkan spek plis. along 170 okayy. 171 tu lebar elmo tuuu.