Sunday, March 13, 2011

giving up? no way!

aku paling mudah down bila umi dengan abah cakap path yang aku ambil ni susah nak buat aku hidup senang.

bila fikir fikir balik, betul jugak.

lepas dah dua tiga kerja production ni, aku tengok, bukan senang nak kejar cita cita nak jadi pengarah tu. melainkan kalau ada cable besar, senang lah nak jadi pengarah. sementara nak menjadi pengarah tu, macam macam jenis anak tangga nak kena panjat.

ada sorang abang teknikal ni aku kenal. dia belajar degree film. tapi sekarang kerja angkat lampu. degree film! aku ni diploma mechanical je. ada hati nak jadi pengarah filem? dalam mimpi.

ada sorang director of photography (dop) ni, mat salleh, tapi still tak ada kereta lagi. dop kot.

director pon pada pandangan mata aku, tak ramai yang senang (kaya). kalau ada yang kaya pon, dorang produce film. macam afdlin macam yusry. kalau jadi anak yusof haslam lagi kaya macam shamsul tu. kan?

nak panjat jadi director, nak kena mula dari bawah kalau tak ada background berkait. aku mula dari bawah. production assistant. paling kuli kerja aku. dan aku mula tahun 2011. kita tengok tahun bila aku dapat duduk atas kerusi pengarah tu.

kita tengok.

2 comments:

Suicidal Angel said...

: HELLO!!!!!
mmg lah x sng but berkat usaha YOU plus doa kitorung kat sini...
InsyaAllah elmi...
dapatnya nnt!! ^^

scha said...

yang buat filem Dua Alam tu agak2 ada kereta harga 4juta tak Mie? hahahaha!