Wednesday, January 12, 2011

tunggu sekejap.

bapak bosan blog aku. balik balik, video. balik balik, video. tak ada benda lain dah ke nak tulis, elmi?

malam ni aku ada mood sikit nak menulis. sebab kepala tengah beremosi. biasanya bila emosi macam ni, memang macam macam nak tulis.

aku rasa, tak ada seorang pon dalam dunia ni yang suka menunggu. tak kira lah tunggu apa apa pon. asalkan tunggu. mesti semua menyirap je kalau kena tunggu. kan?

atau mungkin, aku seorang je yang berfikiran begitu?

hmmmm.

biar sini aku cerita pasal tunggu dan kena tunggu dan terus menunggu.

aku paling benci janji melayu. cakap janji nak ambil dekat rumah pukul 3 petang. tapi datang pukul 4.30 petang. cakap janji nak jumpa dekat depan mcd kl sentral pukul 12 tengahari. tapi datang pukul 1 petang. cakap janji nak main futsal pukul 11 malam, tapi start main semua ada pukul 1 pagi.

bosan.

atuk aku selalu ajar aku. kalau janji dengan orang, kena make sure kita datang at least 10 minit sebelum masa ditetapkan. aku selalu ikut dengar pesan kata atuk aku. tapi sejak bergaul mesra dengan kawan kawan aku, aku jadi leka. jadi hanyut dengan perangai dorang masing masing. selalu lambat kalau bila dah janji.

seksa lah bodoh nak tunggu tunggu bagai semua ni. ingat aku tak ada kerja lain ke nak tunggu tunggu ni semua?

lagi satu benda yang aku tak suka tunggu adalah, sms/email atau bbm sebagainya. nak tunggu reply punyalah lambat. lepas tu reply pendek haram. menyampah gila. kadang kadang benda urgent pulak tu. tak profesional langsung.

tapi benda paling aku menyampah nak tunggu, memang jawapan dia perempuan. me, nyam, pah. kalau kau suka, cakap je lah suka. tak payah lah nak hold hold perasaan tu. buat aku tertunggu tunggu tertanya tanya. aku dah lah memang jenis tak suka nak tunggu. mesti aku cabut awal.

masalah mula timbul bila aku sedar bila aku dah belah cabut, baru aku tau yang perempuan tu suka aku sebenarnya. salah siapa sekarang ni?

2 comments:

Namy Rashid said...

top up sabar u tu, Mo -_____- top up utk org yg perlu shj. baru wajar.

Azizulhakim said...

sabar mi, sabar.... betul kata namy, hahah ;p