Thursday, November 18, 2010

wishlist.

aku pernah ada kawan kawan yang popchat aku dekat facebook, ym aku atau pon buat status di facebook/twitter yang tanya pasal hadiah apa yang patut dorang bagi dekat kawan/girlfriend/boyfriend/abang/adik/kakak/mak/ayah dorang.

aku mahu memudahkan kerja korang harini. harini aku akan listkan beberapa benda yang aku teringin nak nampak dalam kotak yang berbalut kemas di hari jadi aku bulan depan. jadi tak perlu korang nak susah susah tanya siapa siapa pasal apa benda yang korang nak belikan untuk aku. kan?

beberapa benda bawah ni, mungkin agak mahal. tapi kawan aku ramai. aku yakin dorang boleh kumpul duit sama sama, belikan untuk aku. *kenyit mata dengan cara yang paling gedik sekali*

kehadapan umi dan abah, yang atas sekali ni, ditujukan untuk umi dengan abah.

iphone 3gs pon cukup bersyukur dah. tak payah iphone 4. asalkan jangan belikan yang orichina punya sudahlah ye! (rm1000+)

director's cut board. tapi yang ni jam. nak yang ni buat jam dalam bilik. (+-rm200)

drumstick dekat rumah, ada yang dah patah, ada yang dah hilang. ada yang terlampau ringan. jadi, aku terigin nak dapat drumstick. kalau dapat yang travis barker punya version macam dalam gambar yang di atas ni pon, aku lagi suka! (+-rm100)

but bola aku dah koyak lama dah. lepas tu duk pinjam kasut kawan kawan je bila nak main bola. lagipun aku tak pernah lagi merasa pakai kasut bola original. jadi aku nak mintak nike ctr360 macam atas ni. kaler putih sahaja. baru nampak macam fabregas sikit. (+-rm300)

gitar aku dah lama gila. dah uzur. bunyi dah tak sedap langsung. jadi aku nak gitar baru. sebolehnya nak yang boleh cucuk ke amp. baru boleh buat lagu nak mengorat awek. (+rm300)

album baru Hujan pon dah nak keluar. dan aku taknak beli lagi. sebab birthday dah dekat. mana kot kot tau ada yang bajet dia tak banyak, boleh belikan album Lonely Soldier Boy ni untuk aku. (rm26.90)

selama ni aku tak boleh nak pakai jersi Liverpool sangat. sebab ada jenama arak yang sponsor. bila dah orang lain yang sponsor, aku pulak tak berkesempatan nak beli. jadi sila belikan aku yang ni. aku nak yang kaler merah sahaja. putih taknak. beli yang tak ori pon tak apa. asalkan jangan perempuan yang aku minat yang belikan. nanti relationship tak kekal lama. (+-rm50)

aku sekarang tengah dalam mood baca buku. dan aku pon memang tak ada asas langsung dalam filmmaking. jadi, buku ni aku rasa sesuai dengan aku. (+rm100)

sepanjang dua puluh satu tahun aku hidup, belum pernah sekalipon kawan kawan aku tepung aku masa birthday aku. BELUM PERNAH. sejauh mana aku tak nak kena tepung, tapi aku sedar yang tepung masa birthday adalah hadiah ultimate dari kawan kawan. tanda dorang ingat. dan tanda dorang ada effort nak celebrate birthday kawan dorang. agak faktap sebenarnya tiap tiap malam 12 disember aku tunggu orang ajak aku keluar, tapi sorang pon tak pernah ajak aku lepak. nama je ramai kawan. (priceless)

wishlist paling last sempena birthday. orang atas ni. kena buat birthday party untuk aku. takpun, dapat orang dalam gambar ni pon, aku tadah tangan penuh senyuman. EHHH!

aku pon tak tau kenapa aku Getik Bersama Handycam sangat nak buat blog macam ni. bukan dapat pon. heh.

okbai.

6 comments:

Phynaz said...

jangan beli filmmaker for dummies. unless that's all you plan to be. a dummy film maker. i don't date dummies either.

Elmi said...

okay taknak buku tu. cancel!

Along said...

er, birthday elmo bile weh? (priceless)

Elmi said...

ah cari sendiri. malas nak bagitau.

dobot said...

Serious tk pernah kena tepung? mende tu laa paling pop top segala masa belajar di kolej :)

scha said...

nak sangat kena tepung kan? nnt aku tepung telur + air longkang kat kau..baru best..sekali dapat gerenti taknak lagi. hahahaha!

weh,aku da tuka url (buat kali terakhir. promise.)
http://sarangsawang.blogspot.com/
ingat taw.. update update!