Saturday, October 30, 2010

10 More Things That I Want To Do Before I Die

haritu aku ada listkan 10 benda yang aku nak buat. teringin nak buat. aku rasa macam banyak yang tertinggal.

nah lagi sepuluh.

1 - aku punya impian untuk interview tun dr mahathir. aku tak nak tanya pasal politik. tapi aku nak tanya dia pasal music apa yang dia minat. filem apa yang dia suka. kopi atau teh. nasi lemak telur atau nasi lemak ikan bilis.

2 - sky diving. ini impian semua orang yang minat aviation macam aku ni. aku teringin nak rasa adrenalin terjun dari dalam kapal terbang. free fall. pergh.

3 - buat music video hujan. kalau boleh lagu yang rancak. lonely soldier boy mungkin? ataupun inspektor remos.

4 - belajar main keys. aku rasa orang macam chris martin tu cool gila kot!

5 - main sms pakai iphone4 depan orang ramai. aku nak rasa jadi manusia cool.

6 - aku ada satu impian pelik ni. memang takkan dapat punya. tapi aku teringin nak kena bentes(tackle) dengan steven gerrard.

7 - kumpul kawan kawan rapat aku, nak pergi amsterdam. nak buat apa yang tak boleh buat dekat malaysia ni.

8 - nak tulis buku yang buat orang rasa dorang awesome lepas baca buku tu. tapi sebelum tu, aku kena belajar menulis dan belajar untuk jadi manusia deep.

9 - aku seorang yang suka gila naik rollercoaster. aku nak naik semua rollercoaster yang paling bahaya dalam dunia ni. abah cakap magic mountain dekat los angeles tu banyak.

10 - aku nak bahagia.

6 comments:

afiqsiddhartha said...

6. Jimbit.

7. Super jimbit.

Amal said...

aku doakan untuk no sepuluh.

penulis.sahaja said...

no seploh tu aku doakan untuk semua yang baca entri ni! termasuk kau elmi.

coffeeaddict said...

nak join no 2 & 9! gosh best gila kalau dapat buat!

Pisey said...

jiwa aku sdg rapuh, jadi aku like no seploh mcm amal.

Elmi said...

afiq: gahahaha aku ajak kau sekali ah number 7 tuh!

amal: thanks amal!

apit: kau pon apit! bahagia dengan shax. hihih

zatil: kan? best gila kan? wuwu

pisang: aku doakan kau weh!