Tuesday, November 2, 2010

manusia tak ada kerja.

hai. nama aku elmi. tinggi agak macam que haidar. badan tak kurus, tapi gemuk sikit. itupun sebab dah diet sikit. ala ala macam matt damon dia punya badan. tak ada lah gemuk sangat kan? muka bersih. so far jerawat keluar sekali sekala je. dan orang kata aku ni handsome. aku tak tau lah sama ada orang orang tu tipu aku, atau memang dorang berpelakuan jujur terhadap aku.

-----

aku seorang yang tak ada life. tak ada life = tak ada kerja, tak ada girlfriend, tak ada buat apa dekat rumah cuma tidurrrr saja. kerana aku sedang di tahun lanjutan yang akhir di universiti tempat aku belajar nun jauh di utara, uitm pulau pinang. sedang aku menaip karangan ini, aku sedang menunggu masa untuk mengambil peperiksaan akhir aku di pusat pengajian tersebut.

maka sementara aku menunggu tiba masanya untuk aku mengambil peperiksaan tersebut, aku banyak menghabiskan masa aku dihadapan komputer kesayanganku, namanya Denise. nama Denise diambil sempena nama vj channel mtv kegemaran aku suatu ketika dulu. orangnya tinggi, kurus, cantik, putih kekuningan. pergh. cun macam model. macam model model yang gambar gambarnya direblog di tumblr. tak berkelip mata memandang.

bila aku menghabiskan masa dihadapan Denise, apa saja yang aku boleh buat? tak banyak. cuma main games, main games, main games, online, online, online dan mungkin sesekali akan membuka software editing video. itupun kalau ada video yang boleh dipotong-sambungkan. orang macam aku ni yang baru lagi dalam bidang video ni, memang susah nak dapat job. kalau ada pon, baru dalam peringkat pre-production.

pre-production dalam pengetahuan aku adalah proses mencari tempat (recce), proses membentangkan idea dengan crew members, proses melukis storyboard (yang memang buruk memandangkan bakat seni aku yang memang tak masuk dek logik akal langsung), dan juga proses mencari pelakon ataupun extra (casting).

maafkan aku jikalau ada terma terma yang disalah sebut. aku bukannya tau sangat pon terma yang sebetulnya. almaklumlah, belajar nak jadi jurutera. tiba tiba nak menceburi bidang filem. memang jauh panggang dari api. (pepatah ini mengingatkan aku tentang kambing bbq yang umi aku bakar tempoh hari, dagingnya tak liat, lembut. lemaknya sekali dikunyah, terkeluar segala jus jus yang membuat aku menikmati setiap kunyah yang berikutnya) tapi apakan daya, ini pilihan orang tua aku, aku perlu membahagiakan mereka dahulu, sebelum membahagiakan mereka. bukankah itu tanggungjawab kita sebagai seorang anak? membahagiakan ibu bapa.

berbalik kepada cerita asal, bila aku yang tak ada life ni menghadap Denise terlalu lama, aku sendiri akan menjadi bosan. dan tambahan pula hidup aku yang tiada girlfriend (peneman hidup), membuat aku menjadi bertambah bosan.

satu masalah aku yang aku rasa aku tau, tapi aku buat buat tak tau adalah, kenapa begitu kerap para gadis untuk menolak (reject) aku? bila berkawan, bukan main punya rapat. punya mesra. sampaikan tercipta satu chemistry yang paling kuat ikatan bondnya (ahhh tiba tiba teringat cikgu suriya cikgu kimia aku sewaktu tingkatan empat dan lima bila cakap pasal bond ni). tapi bila diajak ke satu level yang lain, masing masing lari. belum sempat ditanya, dah direject.

mungkin gadis gadis tersebut merasakan yang aku ni sebenarnya seorang yang meminati kaum sejenis.

...

bila aku sudah terlampau bosan, aku akan menghabiskan masa yang banyak dihadapan twitter. aku jenis yang kurang sikit nak berkomunikasi dengan orang di facebook. kerana di facebook umi abah aku sentiasa peka dengan status status aku, gambar gambar aku, komen komen aku. aku rasa kurang selesa. dan aku juga seorang yang kurang gemar ber instant messaging seperti skype dan ym. aku hanya akan instant messaging bila beramai ramai.

contoh bila kegilaan zaman power rangers aku dahulu. power rangers adalah gelaran yang aku gelarkan kepada kumpulan kawan kawan aku pada masa itu. kami berlima. tiga lelaki dan dua perempuan. pada aku mereka adalah kawan kawan baik aku. tapi tidak bagi mereka. itu bukan masalah bagi aku. sebab pada aku, semua kawan adalah kawan baik aku. aku belum pernah lagi mendengar istilah kawan jahat.

masa kegilaan zaman power rangers dahulu, aku dengan kawan kawan aku, akan bercakap didalam skype sampai sudah kehilangan rasa untuk nak bercakap. bayangkan kalau sampai masa berbuka puasa pon, masing masing berbuka depan skype, makan sambil berborak. masa itu seronok untuk berskype.

dan juga masa bila kak fynn berada di kazakhstan (yang mana dia tak upload upload lagi gambar dia dekat sana tu), dan kak wani berada di aussie. kami berskype sehingga jauh kelewat malam bersama askar askar yang lain sambil bermain application bingo, boling dan uno. masa itu masa kenangan yang paling epic bila buka cerita pasal skype.

tapi bila dah tak ada zaman zaman tersebut, percayalah kata aku yang dalam skype aku cuma ada 5 orang saja yang akan online. itupun kalau bernasib baik. dan di ym hanya ada beberapa orang kawan saja didalam senarai. mereka takkan melayan aku sangat pon. sebab mereka semua ada kerja, dan ada seseorang yang istimewa untuk dorang bercakap dari membazir masa bercakap dengan aku.

maka di twitter aku berborak. kerana di twitter, semakin hari semakin ramai orang yang tak ada life macam aku ni. membazir masa di twitter, berborak tentang perkara perkara yang tak ada faedah. perkara perkara duniawi. cuma kadang kadang terkeluar topik topik serius seperti topik propaganda freemason yang menjadi kegemaran zymn dan jijul.

aku dah anggap twitter macam the new skype. walhal sepatutnya aku anggap skype is the new twitter. ah tapi peduli apa.

sejak dua menjak ni, ada satu demam baru di twitter. demam bermain hastag (#). setiap hari akan ada saja topik hashtag yang baru. dan semuanya kelakar belaka. kadang kadang boleh bikin kepala jadi gila sebab gelak cover atau gelak pelahan tak nak ganggu orang lain tidur terlalu kerap. contoh topik hashtag yang mengambil perhatian aku adalah #pepatahtwitter, #judulfilmtwitter dan #namabandtwitter.

korang tak rasa kelakar ke bila kawan kawan korang tweet, #namabandtwitter They Will Tweet Us All. ataupun, #judulfilmtwitter Don't Tweet With The Zohan. tak rasa kelakar ke? ada juga manusia manusia berfikiran kolot yang merasakan benda benda jenaka seperti itu sebagai satu yang mengserabutkan kepala mereka. tak ada sense of humor langsung.

sejak lima enam hari yang lepas, setiap hari aku akan dimarah oleh orang orang yang berfikiran kolot seperti ini. mesti ada yang akan marah, 'wei kau boleh tak berhenti?'. 'elmi dah habis dah spam?'. 'weh jangan buat twitter ni tempat borak boleh?'. 'pergi tulis blog lah elmi'. 'timeline aku bersepah dengan tweet kau je, rare doh'.

kalau tak suka, korang boleh unfollow. penat je dorang create butang unfollow dekat situ. lagipun bukan salah aku nak spam timeline korang. awal awal lagi aku dah tulis dekat profile aku, 'kalau redha timeline kena spam, silalah follow'. macam itu lebih kurang bunyinya. kalau korang tak redha, kenapa korang follow? sah sah salah korang, lepas tu ada hati nak marah aku.

itu twitter aku, suka hatilah aku nak spam ke taknak.

8 comments:

okedkama said...

nak komen nak komen!

elmi suruh kawan kau follow aku! *aku harap dia baca*

hi, follow me on twitter @okedkama

i tweet more than elmielmo.
i am gojes and will entertain u guys.

hahaha.

Namy Rashid said...

shizzz i tktw plak org btol2 mrh. cmon la. twitter tpt luah prasaan kot. lntks lh dorg. remove jela wey dorg!!

afiqsiddhartha said...

hahahaha. Dude, kau punya kepelbagaian topik tu dibentang luas. Dari situ ke sinun. Pasal sang gadis, mari makan chill pill. Aku ada apa. Pisang kan sedap. And twitter tu, kenapa kau tak retweet bila orang marah kau spam. Aku tak pernah kena marah bila spam. Nampak sangat yang follow kau and marah tu tak hormati hak orang lain. Boleh saman. Jelaka sungguh.

Uzair Sawal said...

follow me on twitter too people,

@uzairsawal

Elmi said...

oked: -_____-

namy: yeah, memang i kena marah betul betul.

pisang: nanti lepas ni aku RT kalau orang marah aku.

uzair: -__________-

Amal said...

hahaha. oked tak boleh blah.

oh oh. aku pun suka spam kat twitter. kesian org yang folo aku.

Elmi said...

amal: orang yang follow aku mesti lagi sakit. hahah

Phynaz said...

"mungkin gadis gadis tersebut merasakan yang aku ni sebenarnya seorang yang meminati kaum sejenis."

ayat ni buat i tersedak coke kat mcd. haha