Saturday, September 4, 2010

Top 6.

aku nak straight forward je dalam entry ni. tak ada mukadimah apa dah.

ready?

okey go.

aku berjaya memasukkan [?] diri aku kedalam senarai Top 6 rancangan realiti yang aku cakap sebelum sebelum ni. maka raya aku akan di potong pendek cuma jadi tiga hari raya sahaja. lepas tu dah kena start shooting.

konsep?

kitorang 6 orang akan pergi 4 tempat pelik dalam Malaysia ; Kuala Kangsar, Kuala Terengganu, Melaka dan Seremban. setiap lokasi, kitorang akan dibahagi kepada 3 kumpulan [satu kumpulan 2 orang]. dan setiap lokasi kitorang akan diberi assignment video 2 minit.

dan setiap video itu perlu disiapkan dalam masa 8 jam sahaja. siap shooting dan editing bagai. 8 jam.

benda ni ala ala konsep amazing race. kitorang cuma akan diberi rm150 satu hari. itulah duit makan, itulah duit teksi, duit prop, duit bayar location, bayar extra etc etc.

so lepas siap video tu dalam masa 8 jam, kitorang akan kena tontonkan dekat orang ramai menerusi panggung pacak. dan orang ramai akan terus undi video kegemaran dorang. pemenang akan dapat hadiah on the spot seperti survival kit beserta wang kemenangan untuk setiap episod. yang dimana aku dah ready nak bolot semua sebab aku sengkek sekarang ni. LOL

apa lagi?

oh pasal undi penonton di rumah aku tak pasti pulak. tapi rasanya ada kot 30%. so korang kena undi banyak banyak sampai kredit habis lepas tu topup lepas tu undi lagi sampai kredit habis balik pastu topup sampai aku puas hati. boleh?

bila dah dapat tau siapa menang, kitorang takkan terkeluar nangis nangis bagai ni. tapi kumpul points sampai 4 episod. lepas tu, 2 peserta markah paling tinggi bangsat, akan pergi final. turki atau new zealand. buat video dekat sana pulak. nais? naissssssssssssssssss!

pemenang pertandingan ni akan dapat rm60k termasuk peralatan sony dan terus serta merta dapat peluang mengarah telemovie terbitan astro. lagi naisssssssssssssssssssssssss!

apa apa pon, aku akan cuba buat benda ni step by step. tapi apa apa pon, aku akan cuba menang la kan? siapa nak kalah? tipu lah kalau aku cakap aku masuk aku taknak menang. kamera baru tu wei menang!

heheh

wish me luck dan jangan sekali dua kali lupa mengundi!

=)

5 comments:

afiqsiddhartha said...

dude! aku doakan kau berjaya sampai turkey/new zealand dan dapat peralatan berharga 60k! Amin

-ottomen

Farah-Izzaty said...

still doakan yg terbaik utk ko..
good luck elmi!!

Anonymous said...

good luck. wish u all the best

Anonymous said...

kalau program astro..aku tak dpt tgk..hehe

coffeeaddict said...

good luck elmi!