Tuesday, July 6, 2010

kenapa ntah ?

sejak dua menjak ni, nak nak selepas ada twitter dalam dunia internet ni, korang perasan tak seolah ada trend baru. buat amalan dan heboh satu dunia.

aku paling meluat dengan mamat mamat yang nak pergi solat jumaat, tapi heboh satu dunia dalam twitter. duk cakap nak pergi sembahyang la bagai.

dan aku paling jugak meluat dengan minah minah yang ganti puasa, tapi heboh satu dunia dalam twitter. duk cakap lupa bangun sahur la tak tau nak makan apa la ini hari terakhir puasa ganti la.

kalau tak silap aku, dulu ustaz ustazah aku pernah cakap, kalau buat amalan, tapi duk heboh satu dunia, duk cerita sana sini, pahala dah kurang.

kan ?

tapi apa sebenarnya motif kau nak bagitau semua orang kau buat amalan ? kau nak orang fikir yang kau ni baiklah ? aku rasa kau lagi baik kalau kau buat amalan senyap senyap. lagi tak fake.

kan ?