Tuesday, June 22, 2010

sahabat sejati


sila klik sini untuk mendengar lagu belakang tabir untuk entry yang ini. [klik sini]

aku punya ramai teman rapat. aku punya ramai kawan yang boleh digelar sahabat. aku akui , kadang terasa seperti tersepit untuk memilih berpihak dimana satu bila ada diantaranya bertekak sesama sendiri.

tapi aku pernah kehilangan seorang sahabat yang paling paling aku tak mahu hilang.

sudah cukup setahun arwah meninggalkan kita semua. cukup cukup setahun kalau tidak silap aku.

aku ingat lagi , bila arwah tak pernah bising kalau aku selerakkan rumah sewa kami. padahal rumah itu milik keluarganya. sikit pon dia tak bising.

aku ingat lagi , bila aku dan arwah berniat untuk mahu pergi mengaji di surau berdekatan masa semester lima dulu. umur dah 21 , tapi masing masing baru tersedar diri nak pergi mengaji. tapi niat kami terbatal bila aku ada kelas malam.

aku ingat lagi , bila arwah selalunya takkan mengaku kalah kalau berdota bersama. takkan pernah. ada saja alasan yang diberikan. bila masa aku menang , bukan main lagi cakap aku main tipu bagai. tapi bila arwah menang , bukan main lagi berlagak dengan aku.

aku ingat lagi , bila aku mula mula paksa arwah buat facebook. arwah seboleh boleh tak nak buat. pada dia , cukup sekadar friendster. aku cakap , facebook lagi ramai awek hot. friendster awek skema je semua. dia tetap tak mahu. bila aku tunjuk pet society , hah , terus buat tak banyak bunyi dah.

aku ingat lagi , bila kau dah ketagih main pet society dalam facebook tu. kau berebut beli barang rare dengan aku. bila kau dapat patung berupa babi , kau letak dekat depan pintu rumah pet kau. setiap kali aku datang jenguk rumah kau , kau akan bahan aku sebab tak samak sebab pet aku dah sentuh patung babi kau. kau sanggup gelakkan aku sampai kekedai makan.

aku ingat lagi , bila kau paksa aku untuk berkenalan dengan safinaz yazed. kau seboleh boleh paksa aku untuk minta nombor telefon dia dekat kara. kau cakap dekat aku , apa salahnya kalau nak berkawan. dan aku tak pernah menyesal dengar desakan kau. tengok apa dah jadi dengan aku dengan si safinaz tu sekarang. kawan baik. pengganti kau dengar cerita masalah aku. pandai kau aturkan segalanya kan ?

aku ingat lagi , bila kau sedikit pon tak pernah tak kasik aku pinjam kereta kalau aku nak keluar dengan perempuan perempuan dekat uitm tu. kau lagi supportive. seboleh boleh tak nak tengok aku jadi single sampai bila bila.

aku ingat lagi , kes video farhana dulu tu. walaupun kau tunjuk muka je dalam video tu , tapi kau sikit pon tak takut untuk tampil kehadapan nak bersuara dengan pihak atasan universiti dengan pihak farhana. kau memang berani.

aku ingat lagi , bila arwah tunjuk skil memandu hebat depan aku dengan syafiq bila on the way balik kuala lumpur dari butterworth. kami kena tahan dengan gengster jalanan , tapi dengan pemanduan hebat arwah , aku dengan syafiq yang hampir terkucil , jadi kagum gila.

aku ingat lagi , kalau bila main futsal , arwah pasti akan di buli habis habisan oleh aku. aku selalu gelakkan kau. hihi

aku ingat lagi , bila aku bawak arwah layan bunkface buat pertama kali. crowd tak ramai. cuma 18 orang. ruang untuk mosh sangat besar , tapi aku tetap tak tau , kenapa kau pilih untuk mosh dengan dinding. sedangkan aku struggle nak kena layan sam crowd surf.

aku ingat lagi , macam mana arwah sanggup terima kawan kawan aku dari nilai macam kawan kawan sendiri. masa dia orang datang tumpang tidur rumah , kau layan dia orang macam kau layan kawan kau sendiri. kalau aku , aku tak mampu nak buat macam tu rasanya.

aku ingat lagi , bila setiap kali aku nak test , kau akan cakap dekat aku , test takkan mengubah hidup aku. relaks sudah. aku rasa sebab itulah aku sampai semester sembilan aku repeat. dengar cakap kau.

aku ingat lagi , bila kau mula mula dapat tau yang kau sakit , kau sms aku. kau cakap dekat aku yang cuma mak ayah kau je tau yang kau sakit. dan aku orang ketiga yang tau pasal benda ni. abang dan kakak kau pon tak tau lagi yang kau sakit. kau pesan dekat aku , jangan bagi tau sesiapa pasal sakit kau. kau suruh aku janji. kalau aku langgar janji aku , kau cakap , nanti kau nak jadi pocong kacau hidup aku. tapi sumpah tak lawak. aku ni penakot. tapi aku tetap nak bagi tau semua orang pasal penyakit kau.

aku ingat lagi , bila lepas kau keluar icu , kau pesan dekat aku , selagi hidup , jangan pernah putus asa kejar perempuan yang aku suka. sebab bila dah terlantar sakit dalam hospital , nanti akan menyesal tak sudah. dalam banyak banyak pesan yang kau boleh pesan dekat aku , itu jugak yang kau pesankan.

aku ingat lagi , waktu aku nak exam sebulan sebelum kau pergi , masa tu kau tengah sakit teruk. kau mms gambar xbox 360 yang kau baru beli , kau cakap dekat aku , tak payah study calculus. biarkan fail. supaya boleh aku teman kau ambil paper tu semester seterusnya. dan ya , aku memang gagalkan kertas itu. sebab aku memang nak sama kelas dengan kau lagi untuk kali terakhir. tapi aku tak sempat.

aku ingat lagi , bila kali terakhir aku melawat kau masa kau sakit , kau meronta dalam baring , seboleh rasanya kau taknak aku balik masa itu. serius masa tu aku ingat kau takkan tinggalkan aku secepat itu. aku ingat aku masih ada masa untuk melawat kau lagi. aku tak tau itu kali terakhir aku nampak kau bernafas.

aku minta maaf kalau aku tidak menjadi kawan yang super baik macam yang kau jadi untuk aku. kau kawan terbaik yang pernah aku ada. kalau lah kau ada lagi sekarang ni. mesti aku tak kuat emosi macam sekarang ni.

aku harap kau sentiasa doakan aku dekat sini. sebab aku sentiasa doakan kesejahteraan kau di alam sana.

aku rindu kau.

Al-Fatihah.

Allahyarham Murtadzo bin Ghazalli - dia memang akan selamanya 21.

4 comments:

Ikmal Ibrahim said...

pergh...gambar penuh makna la doe...

coffeeaddict said...

elmi, sedihnya :'(
alfatihah untuk arwah.

Azrin said...

entry ni yang paling menyentuh hati aku elmi...

walaupon aku tak kenal arwah..tp dari cerita kau..dia memang kawan yang best kan...

aku pon tumpang sedih masa baca entry kau pasal dia meninggal dulu...

Al-Fatihah untuk arwah...

EZATUL HANI said...

yang ni sedih gila
aduh,
toucing aku baca