Tuesday, June 15, 2010

bila nak jadi pandai ?

aku kerap mendengar kata kata semangat , 'apalah kau ni , buatlah betul betul' , 'tak apa elmi , yakin boleh , buat yang terbaik !' , 'ada hikmah disebalik apa yang terjadi , kau jangan putus asa'.

macam macam jenis kata kata semangat yang aku dah dengar. semuanya angkara aku tak habis habis lagi diploma aku ni.

bukan senang nak jadi aku.

cukup susah untuk aku nak menghabiskan sisa sisa sedikit lagi nak grad aku ni. sebab bila tahu yang aku takkan kemana walaupun aku sudah menggenggam segulung diploma mahupun ijazah satu hari nanti dalam bidang kejuruteraan mekanikal ini. kata rabun warna.

mana ada orang rabun warna yang jadi engineer ? kalau ada pon , main tipu. eh sorry , hidup aku bukan untuk main tipu. sogok duit dekat mana mana doktor supaya cakap yang aku tak rabun warna. oh itu bukan aku.

jadi , memang tak aku nak sambung degree. nak habiskan diploma pon aku mengah.

cih.

lepas tu ada hati orang orang yang sayang aku ni nak bagi kata kata semangat dekat aku. percayalah cakap aku , usaha kau orang semua pasti menemui jalan buntu. tapi tetap aku ucapkan terima kasih sebab sentiasa membuat aku berdiri walaupun aku dah memang jatuh tersungkur gila babi bila dapat tau yang aku kena extend lagi satu semester jadi sembilan semester untuk diploma sahaja what the fuck mana ada orang belajar lama lama macam aku ni kot ye kalau nak tuntut ilmu lebih pon carilah ilmu lain jangan duk belajar benda sama je ya Allah elmi ni apa masalah kau ?

3 comments:

Shukjessa said...

tak semua manusia itu same bro, apa yang kite dapat time belajar tak semestinya mencerminkan cara kita kerja kelak.

mungkin ada ramai yang berbangga dapat habiskan 6 semester tanpa repeat paper pun. Tapi tanya diri, adakah berkat ilmu yang aku dapat?

seorang pensyarah pernh beritahu "Saya takkan halalkan ilmu saya beri ni kalau kamu meniru".

Apa yang boleh dibanggakan kalau habiskan 6 semester tapi setiap kali test sampai final pun masih bawak toyol?

Hasilnya nanti, kerja pun tak ikhlas mana, janji dpt duit.

My 2 cents aje yang pernah repeat paper =)

Penulis.Sahaja. said...

score tinggi2 dlm exam tp life skill xdak xguna jugak.

Along said...

extend la banyak mana pun, kami kakak2 abang2 ada saja sini utk kamu :')