Tuesday, June 1, 2010

main kejar kejar.

aku pasti semua yang baca tulisan aku sekarang ni pernah main kejar kejar masa kecil dulu kan ? tapi aku tak berapa nak pasti pulak sama ada semua pernah kejar gadis idaman atau pun lelaki idaman ke tak.

tapi apa yang aku pasti , aku memang pernah kejar perempuan.

kejar perempuan tu bermaksud , proses mengambil hati perempuan tu supaya buat dia jatuh cinta dengan kau. paham ?

kadang kadang , ni apa yang aku nak cakap ni berdasarkan pengalaman peribadi dan pengalaman kawan kawan , kita duk penat penat kejar seseorang tu , kita takkan dapat apa pon. lagi pulak kalau kita duk kejar dia , tapi belakang kita , dia duk bahan kita. paling buruk , bila dia cakap kita stalk dia dan buat dia annoying.

padahal kita rasa kita dah jadi sweet habis dah ni nak ambil hati dia. tak ke menyirap ?

tapi ada kes kes tertentu yang kita tak perlu pon nak kejar seseorang itu. tapi dia secara sendiri dah memang ada perasaan yang sama dengan kita. jadi kita tak perlu nak susah susah nak ambil hati dia. sebab dia memang dah ada hati dekat kita.

contoh , si donald duck suka gila dekat minnie mouse. dia buat macam macam nak ambil hati si minnie mouse ni. dia akan sentiasa ada di sisi minnie mouse bila minnie mouse perlukan seseorang disisi. tapi minnie mouse ni tak pernah anggap si donald duck ni lebih dari seorang kawan biasa. penat si donald duck ni kejar dia.

tapi , bila datang si mickey mouse , dia tak perlu susah susah nak buat macam yang dah donald duck tu buat pon , si minnie mouse tu dah suka gila dekat dia. sebab hati manusia ni susah nak predict.

tu lah. sedar tak sedar , kita sebenarnya boleh berada dalam situasi yang sama dengan donald , minnie dan mickey ni. cuma kita tak tau kita adalah watak siapa saja.

amacam suka tak jadi mickey ?

3 comments:

afiqsiddhartha said...

Aku biasa juga dengar situasi macam ni dan selalunya kalau aku pula yang hadapi semua ni, aku tarik diri awal awal. Tapi tapi, selalunya perempuan yang aku kejar, aku dapat. Selalunya lah. Aku lebih rela tak sakit daripada rasa sakit walaupun aku selalu berangan disakitkan hati dan mendayu dayu emo. Aku rasa itu satu situasi yang cool.

manusia berupa ultraman said...

well i hate mickey mouse. aku lagi suka donald duck.

setiap orang ada jodoh sendiri mungkin donald ta di jodohkan ngan minnie. tapi di jodohkan dengan daisy.

ta apa. bukan kita ta cukup bak untuk org tu tapi dia ta cukup baik untuk kita.

:)

Penulis.Sahaja. said...

senang jadi mickey.
popular. lg hensem dr donald.
pasti ramai org minat. sah2 minnie mudah jatuh hati.
kesiankan donald?
tp xpe. daisy akan muncul bila2 masa. dan itu yg paling baik utk donald.