Saturday, May 1, 2010

komuter adalah pengangkutan paling bodoh

tadi aku naik komuter paling sardin pernah aku naik. selama ni pernah je naik komuter yang sardin. tapi kali ni memang betul betul sardin. macam haram. mentaliti orang malaysia pon tak reti nak ubah macam orang eropah. bodoh betul.

kawan baik iron man , akan jadi iron man nombor dua. teknologi lagi updated sebab pakai senjata yang hammer buat. tapi nanti dia mati. sebab nak bunuh si ivan punya pasal masa last cerita iron man 2.

punca komuter tadi jadi sardin sebab komuter ada yang cancel perkhidmatan dia. jadi berjam juga nak kena tunggu tren. bila sampai , amek kau penuh. sesak gila. berhimpit sampai aku naik kesian dekat makcik-pakcik , adik-adik struggle nak bernafas.

masa pertengahan cerita iron man tu nanti , kau orang akan perasan ada perisai captain america. tai si tony stark guna untuk stabilkan perkakas makmal dia je. tu salah satu petunjuk avengers dalam filem iron man 2 ni.

lagi memeningkan bila naik komuter sardin ni adalah bila terlampau ramai pelancong asing. pelancong asing yang macam mamat mamat indon , myammar , vietnam dan bangla yang tak faham bahasa melayu mudah. orang dah cakap penuh , lagi nak tolak-tolak. lagi buat aku bengang , bila tak bagi jalan kalau orang nak keluar. bagi lah orang keluar dulu beb.

aku paling suka babak macam mana kawan baik tony stark , si rhodey tu nak jadi iron man mula-mula. tony stark mabuk dalam sut iron man. tak ada siapa boleh suruh dia stabil termasuk pepper potts. rhodey pakai sut iron man. dia orang gadoh sambil DJ AM spin lagu. gila kool.

tadi contohnya , masa tunggu last train dekat kl sentral. sekarang tren klang sentul ada gerabak wanita. siap ada papan peringatan ada letak. stiker dekat pintu masuk. dekat tingkap. siap ada announcement sebelum tren sampai , dengan sebelum tren berlepas. tapi mamat mamat yang tak reti bahasa ni , tetap masuk dengan muka selamba. bodoh betul. tak ada otak ke weh ?

lagi paling best dalam cerita iron man ni , masa last sekali. dia orang jumpa hammer. hammer tu sebenarnya thor. salah satu hero dalam avengers. kalau kau orang perasan dalam hulk yang baru tu , ada tony stark jumpa si mamat hulk tu. kata nak buat projek. projek tu ah avengers.

aku cadangkan , letak satu lagi gerabak khas , untuk pelancong asing ni je. senang. aman sikit tren. serius. lepas tu , komuter ni tolonglah tambah lagi tren. kasik lebih efisyen. baru kool macam mat salleh. heheh

avengers punya filem tahun depan kot. ada iron man , hulk , captain america dengan thor. aku tak sabar. dan padan muka kau orang aku selit spoiler setiap selang satu perenggan. hahahahaha

1 comment:

afiqsiddhartha said...

kaki klise betul kau ni wei. aku cinta entry ini