Wednesday, May 26, 2010

battle battle !


dekat seminggu yang lepas , aku dengan dua orang gadis jelita bawah ni , pergi KL PAC sebab nak tengok band tersohor tempatan [maybe pada kau tidak , tapi pada aku ya] , Seven Collar T-Shirt punya konsert sempena album baru dia orang yang baru menjengah pasaran dalam 5-6 bulan yang lepas , The Great Battle. dia orang namakan konsert dia orang ni , The Battle Protocol.


tiket harga rm43. mula mula rasa macam kenapa mahal gila ? konsert Hujan pon baru rm25 paling mahal pon. banyak yang aku fikir sebelum beli tiket. kenapa mahal sangat ? berbaloi ke nanti ?

nasib baik bukan aku yang kena beli tiket tu sendiri. kalau aku kena beli tiket sendiri , memang aku takkan beli punya. nasib baik si cantik manis fynaz yang pergi beli tiket. bila dia beli , dah tentu tentu aku kena pergi. terus pergi korek tabung.

21 haribulan.

bila aku tengok tiket yang fynaz dah beli tu , aku check seat nombor berapa. N. mak aih. jauh kebelakang. aku dah tambah tensi. rm43 , lepas tu kena duduk belakang. haram. bila masuk dewan , 'okey aku nasib baik dapat seat belakang'. sebab bila kau tengok wayang , mesti kau nak seat belakang kan ? padan muka yang beli tiket awal kena duduk depan.

bila konsert baru nak start , aku yakin , konsert ni hebat. orang-orang belakang tabir semuanya hebat hebat. dari yang jaga merchandise , yang main lampu [stage lighting] , yang buat stage prop , yang buat visual projection sampailah orang yang perform. semuanya hebat hebat.

rm43 masih lagi boleh dikira mahal walaupun orang belakang tabir semuanya hebat.

bila konsert dah start , aku yakin , konsert ni memang hebat. cara dia orang buat performance , macam teater. dia bawa penonton dari satu lagu ke satu lagu yang lain dengan cara yang tersendiri.

ada 4 set. set satu dengan percussion unit. set dua ala-ala elektronik. set tiga akustik session dengan Yuna. set empat penutup kembali dengan percussion unit tu.

set satu

set dua


set tiga

lepas habis konsert , aku rasa macam nak datang lagi keesokkan harinya. aku rasa tak puas hati. sebab kepala aku jadi migrain tiba tiba masa pertengahan konsert. kacau mood.

lepas kepala aku dah lega , aku rasa , fynaz , eleena , pjoe , amy , mint , dimas , fungus , fad , sheila , diandra , jijul , amar , saph dan lain-lain yang pergi bayar rm43 untuk tiket setuju dengan aku kalau aku cakap konsert yang syafiq , izzah , uzair , rewan dengan wawa tungkus lumus tu betul betul puas hati.

kan ?

sekarang aku tanya kau , apa sangat rm43 tu sebenarnya ?

walau aku ni dilahirkan untuk gila dengan Hujan , tapi aku tetap rasa Hujan punya konsert tak pernah ada yang sehebat ini. mungkin Hujan boleh tiru Seven Collar T-Shirt ? heheh


kudos to Seven Collar !

5 comments:

penulis.sahaja said...

jeles.

mintdes said...

mana aci dpt tgkp gmbr dgn diorgggggggggggggg ! :/

sid said...

gile r

sid said...

gile r

scha said...

kau tak bgtaw nak pegi kat 7colar T..aku minat gile gn dorang ni.. T_T