Friday, May 28, 2010

cupid.


aku sebenarnya seorang cupid. mungkin kau orang bila baca , kau orang akan gelak sindir. macam ni : HIHI.

tapi betul. sebenarnya aku ni memang cupid. dah ramai sangat kawan aku yang aku kenenkan. ramai. sejak dari sekolah lagi aku dah buat kerja macam ni. sebab apa ? sebab aku suka sangat bila kawan kawan dah ada girlfriend/boyfriend , lepas tu tinggalkan aku seorang terpinga pinga. betul aku tak tipu , aku suka sangat.

antara kisah cinta yang disebabkan oleh aku adalah kisah cinta kawan baik aku , aiman dengan zek. kisah cinta najmi dengan scha. kisah cinta shy dengan lubby. kisah cinta afiq adli dengan anis. kisah cinta rashid dengan jehan. kisah cinta arwah tazo dengan raeezah. kisah cinta amad dengan aziera. kisah cinta dyana dengan alei. kisah cinta emon dengan ain. kisah cinta hafiz dengan aida. kisah cinta menthol dengan naimah. dan juga beberapa lagi kisah cinta yang tak boleh aku nak sebutkan nama mereka sebab nama mereka ada atas tu dah. takkan nak ulang dua kali , kantoi masing masing main kayu tiga !

tapi diakui. tak semua pon kekal lama. tapi ada jugak yang kekal lama sampai sekarang. and hopefully bolehlah sampai mati berkekalan. banyak sikit bekalan pahala aku.

selain meng-kenen-kenenkan orang. aku juga selalu bertindak sebagai penasihat hubungan girlfriend-boyfriend kepada kawan-kawan aku. dan kadang-kadang kepada strangers yang dalam list ym aku.

aku kira macam ala-ala mr hitch. ramai kawan lelaki aku yang macam dalam keadaan buntu bila girlfie merajuk bagai. ada jugak yang tak tau macam mana nak ambil hati perempuan. ada jugak yang blur gila bila dapat sms gadis idaman. ada jugak yang paling tak tau macam mana nak propose perempuan idaman.

penyelesaiannya ? mudah. cari aku.

elmi , macam mana ini , macam mana itu.

disebabkan aku ni memang terbukti seorang kawan yang memang suka kawan kawan happy dengan pasangan lalu meninggalkan aku seorang diri , aku tolong seikhlas hati.

ada kes paling teruk , si laki ni kena marah dengan si awek. sampai menangis si laki ni dibuatnya. rumah jauh-jauh. dekat sejam perjalanan. berpatah patah balik si laki ni. yang part best , dua dua cari aku sms. memang selesai masalah dengan sepetik jari je.

dan aku juga sebenarnya adalah seorang lelaki yang dicari para wanita , apabila masa para wanita ini bergadoh atau berminat dengan para jejaka. ramai kot. serious ramai. paling banyak kes , melibatkan shy.

elmi , shy tu single ? dia single , tapi kenapa dia tak layan i ? dia tu sombong eh ?

ada juga kes , yang bila perang dunia kelapan belas berlaku dengan boyfie dorang.

elmi , kenapa lelaki ni bodoh ? kenapa lelaki ni cerewet ? kenapa lelaki ni selalu curang ?

kes paling aku tak suka bila :

lelaki : aku suka dia. tapi aku malu. perempuan : aku suka dia , tapi dia suka ke aku ?

punyalah berzaman aku convince dua dua. tapi dah dua dua ego nak buat macam mana ? aku juga tersepit.

tapi so far okeylah bisnes aku jadi cupid dengan hitch ni. modal aku menaip keyboard , menaip sms , menjawab panggilan dan sesi mata bertemu mata dekat mamak. untung setakat ni tak ada. pahala mungkin ada. dosa pon mungkin ada. sebab ada yang buat maksiat tu , aku yang duk kenalkan. merasalah sorang sikit dosa. ye dak ?

jadi , mahukan seorang pasangan ? email aku di elmi.coklat@gmail.com. kau orang tak boleh pilih. tapi biar aku sendiri yang pilihkan untuk kau orang yang mana yang aku rasa sesuai dengan perwatakan kau orang. aku jamin , kau orang puas hati.

(:

12 comments:

Penulis.Sahaja. said...

aku minat sorang ni elmi. ade can x?

Elmi said...

ada. kau kena percaya dengan diri kau. fikir positif. berani ambil risiko. insyaAllah kalau ada jodoh , ada la tu. berani yang penting !

afiqsiddhartha said...

Aku minat seorang ni. Tapi aku tak berani nak ambil risiko.

Elmi said...

kau minat ? kau takut ambil risiko kenapa ? kau takut dia jadi lain bila kau cakap kau suka dia ?

shakinah said...

aku takde minat siapasiapa.
macam mana ni?

Elmi said...

kau tau tak menipu diri sendiri tu LOSER ?

zatil said...

boleh la jadi cupid I pasni. haha.

Elmi said...

boleh. tapi alef dah tak single. hahaha

zatil said...

apesal alef pulaakk??? macam takde orang lain ciss. hahaha.

Elmi said...

orang lain ? kosai ? haha

zatil said...

simpan kosai untuk hazirah jelah. eh boleh ke? hahaha.

scha said...

ah kau..kau siap komplot gn alep kot marah aku gi unihell gn nadjmee..ahahahaha!