Friday, October 21, 2011

bzzzt bzzzzzzttt.

hye.

lama dah tak menulis. sebab hari hari menulis dekat twitter. sampai tak ada benda dah nak tulis dekat sini. orang pon dah tak singgah membaca dah dekat blog zaman sekarang ni. semua bukak twitter je. hipster semua orang. tapi tak ada siapa nak mengaku dia hipster.

aku hipster. aku mengaku. tapi aku rasa aku ni power sikit dari hipster. aku trend setter. perasan.

tak ada benda nak update. cuma tengok dua video making of ni. sabtu ni (esok) (22hb oktober), video parody nak premiere dekat #octtwtfest. aku macam rasa bercampur baur ni. macam macam perasaan ada sekarang ni. takut orang tak suka. takut kena kutuk. takut orang letak high expectation. tapi kalau setakat tenaga kerja je dah suka, cukup buat aku rasa happy dah.

aku malas nak cerita panjang. aku nak pi borak dengan cinta ni.

eh elmi dah pandai bercinta ke pulak sekarang ni?