Wednesday, February 23, 2011

seekor jimbit berambut panjang muka berkumis

"woi jimbit, bila kau nak balik sini? babi rindu kau gila lah sial!"

depan laptop. senyap. gelap. cuma nampak wajah que sikit sikit. sebab cahaya laptop.

"babi mana yang rindu aku? lek lah, lagi dua minggu aku balik. aku tak sabar nak comolot liy."

nampak wajah riang que sebab dapat reply dari bad yang berada di amerika. merempat.

"kau memang macam haram sikit sikit liy sikit sikit liy."

flashback awal 2005. ext sekolah menengah taman dahlia.

bad dan que berkawan baik, tapi bertikam lidah kerana gf bad masa tu terlalu mengongkong, rasanya?

"kau kenapa buat cerita dekat semua cikgu pasal aku hisap gam dalam tandas?"

"..."

que sama sekali tidak pernah membuat cerita apa apa tentang kawan baiknya pada masa itu. cuma mungkin salah faham ketika itu buat hubungan mereka retak.

2006. ext kandang futsal.

team bad lawan team que. pantang berjumpa dua team ni, mesti perang saikologi dalam kandang dan luar kandang. sepak terajang kaki tu semua perkara biasa.

"kau agak agak ah nak bola ke nak main kaki?"

"nak main lembut, pergi main wau lah wei"

2007. buletin myspace.

bad dan que sudah agak lama tak berjumpa. cuma berhubung sekali sekala dalam myspace.

"aku tak suka manusia hipokrit"

buletin yang di post oleh que.

"wei kau apa kabar?"

bad komen tanda mungkin sedikit rindu.

"aku sehat"

"buat apa sekarang?"

"uitm, belajar. kau dengan siti lagi?"

"eh tak lah. aku dengan grace sekarang ni"

2009. buletin myspace. lagi.

"esok aku akan berangkat ke amerika. kalau rasa nak jumpa aku buat kali terakhir, datang klia. aku mungkin takkan balik malaysia lagi"

buletin dari bad buat que sedikit terkejut.

"kau buat apa pergi amerika?"

"cari mila kunis"

"aku tak boleh pergi airport esok, mak aku bersalin"

"tak apa, ada jodoh, kita jumpa lagi"

"insyaAllah"

2010. facebook.

"tengah bodek abah nak pergi Los Angeles"

status que dalam facebook buat bad tak senang duduk.

"wei datang wei. aku bawak kau jalan sini"

"kau tanya abah aku dia bagi ke tak"

"uncle, kasik lah que datang sini"

"kau jangan harap bapak aku nak balas komen kau"

"wei datanglah sini"

"hmm"

forward back to the future. que masih depan laptop.

"aku rindu kau lah jimbit"

que percaya kali ini kalau bad balik malaysia, mereka pasti tidak akan ada selisih paham macam dulu lagi. masing masing dah matang dan dah lali dengan semua jenaka bodoh masing masing.

sebab hari hari duk berjoyah dalam twitter sejak setahun dua yang lepas.

"aku tunggu kau balik. kau tengok macam mana aku peluk kau erat erat nanti. pergi mati orang nak cakap aku gay ke apa"

que tutup macbook pro. terus keluar makan naik ferrari kuning kereta nombor lapan dia. sambil setia tunggu lelaki berkumis amerika tu balik malaysia.

"lagi dua minggu"

bisik hati que haidar bukan nama sebenar. nama sebenar dia elmielmo.

fade to black

4 comments:

afiqsiddhartha said...

Tak payah nak buat bad cakap benda-benda klise lah brader. nanti lain pula jadinya. 7 tahun punya kenal, mesti banyak hitam putih kan. aku sayang kau serious.

Ulii Azman said...

post paling romantik dalam sejarah romantisme.

scha said...

aku dah agak dah..que konon..ceh~

suh-weet (always) said...

kumis tu bukan misai ka??