Friday, February 25, 2011

#FollowFriday 101 dalam bahasa melayu.

dulu aku pernah buat entry pasal twitter 101 in malay*. khas buat kawan kawan aku yang tak tau penggunaan twitter. banyak jugak hit entry tu keluar dekat stats blog ni. rasanya entry paling tinggi orang baca.

jadi hari ini sempena hari jumaat, aku akan menerangkan apa yang aku tahu pasal hashtag yang famous nak mampus setiap hari jumaat iaitu; #FF dan juga #FollowFriday. sama je dua dua ni senarnya.

apa sebenarnya #FF ni?

#FF ni dicipta dulu adalah untuk seseorang ahli twitter (bukan ahli freemason) mengenalkan semua followers dia dekat seorang kawan dia yang baru buat akaun twitter. kira macam promote ahli twitter baru. tapi instead of dia promote hari lain, dia promote hari jumaat.

tapi sekarang trend #FF ni dah lain gila. semua buat #FF sekarang ni untuk ranking. ranking ni semua propaganda. tapi kalau nak jugak tau macam mana ranking ni dia kira, aku boleh cerita. tak apa. aku banyak masa.

ranking #FF ni dia kira macam ni :
satu tweethandle (orang) dalam satu tweet, akan dapat 50 markah. contoh; "#FF @elmielmo".
dua tweethandles dalam satu tweet, 50 markah tu akan dibahagikan sama rata kepada dua. contoh; "#FF @afiqsiddhartha @_uliiazman".
tiga akan dibahagi kepada tiga; "#FF @azizulmajjal @iamlepp @afiqzulkefli"
dan seterusnya sampai habis 140 huruf yang dibenarkan untuk satu satu tweet. twitlonger memang tak lah kan.

macam yang selalu aku ingatkan, kalau nak #FF, jangan letak tweethandle kawan korang di permulaan tweet. sesungguhnya, hanya mutual followers saja yang dapat baca tweet #FF korang tu. apa motifnya nak promote tweethandle yang semua followers kau dah follow. kan?

contoh; @elmielmo nak promote @huzeyyy dekat semua followers dia. tapi dia tweet; "@huzeyyy #ff dia sebab dia muka macam bront palarae". kalau kau letak tweethandle orang dulu dalam tweet, hanya mutual followers sahaja yang boleh baca tweet tu. kalau @azizulmajjal tak follow @huzeyyy, dia hanya follow @elmielmo, dia takkan dapat baca tweet @elmielmo promote @huzeyyy tadi tu. paham tak? ke tak paham lagi?

lagi satu, janganlah #FF masa awal pagi. pukul 4 siapa online nak baca tweet #FF kau?

okbye.

* twitter 101 in malay - (klik sini)

No comments: