Thursday, February 17, 2011

busy sangat lettew.

hey guys. lama gila tak update blog ni. dah boleh nampak sawang labah labah dah dekat sini. nak buat macam mana, busy gila kot lately.

mesti korang macam duk tanya dalam hati, aku busy buat apa sampai malas gila nak update blog ni kan?

okayyyyy. meh aku cerita semua. sambil nak tahan mata mengantuk ni, boleh tulis panjang panjang sikit.

tapi jaga jaga, mungkin ada unsur menunjuk nunjuk sikit dalam entry ni. kalau tak menunjuk tu memang bukan aku lah kan? durrr.

aku baru habis shooting filem "Chow Kit" minggu lepas. tiga minggu aku berulang KL - Nilai untuk shooting tu. aku kerja as production assistant je. tapi sebab aku ni memang suka sangat multitasking (aku kan jenis tak boleh duduk diam je, mesti ada je nak buat), aku pon buat kerja kerja teknikal, handy, runner, pemegang clapperboard (aku wiki, pemegang clapperboard dipanggil 2nd assistant cameraman) dan paling aku bangga gila ni, aku buat konti. dey lu ingat senang ke nak jaga konti? kena alert tau? kalau tak alert, mau kena marah dengan cameraman bagai semua. hmph.

so lepas buat multitasking, lepas berulang alik KL - Nilai, kerja pulak kalau tak lebih 18 jam, memang tak sah, korang sendiri pon tau lah penat dia macam mana kan? so kalau nak hilang penat baca entry ni, pergi ambil air, teguk dulu sambil tengok gambar ni.


ni Dhojee, director.

Sara Ali. tak pasal lepas job ni aku berkawan dengan dia. :p cinta lokasi. EHH!

okay. lepas dah penat penat kerja "Chow Kit", aku sambung kerja freelance aku.

bayangkan, habis shoot filem hari rabu, hari khamis terus buat job video nikah Edy dengan Kepet. kalau nak tengok video ni, aku dah upload dekat fan page aku dekat facebook. *

what? elmi dah ada fan page? poyo sial. nak buat macam mana, aku ada reason aku kenapa aku buat fan page. dan fan page tu aku dengan bff aku yang jaga. siapa bff aku tu, korang tak payah tau. nanti semua nak ngorat dia dekat situ.

habis je buat video nikah tu, the next day, aku terus buat music video Bintang Batu - Romansa Bidadari. video ni pon dah siap. ada dalam fan page jugak. aku direct music video ni. dibantu Zymn as director of photography. and Roland Bintang Batu tu sendiri as editor. tak larat nak buat semua kerja doh aku. multitasking lah sangat kan?


selesai je kerja tu semua, aku kembali buat kerja kerja dengan Hujan. ikut show dorang sana sini. buat video backstage. yang ni korang boleh tengok dekat youtube Hujan. **

ahad lepas ni, aku baru start buat video puisi, "Kawan". baru separuh siap sebab talent ramai busy. aku kena reschedule. tapi behind the scene yang separuh tu aku dah upload dekat fan page jugak.



dalam pada tu, aku dah dapat dah hadiah yang aku menang sony detik bersama handycam tu. videocam tu kecik pastu awesome. aku terus bagi nama, "Adrina". benda mahal mahal ni kena bagi nama. nanti kalau dia merajuk, boleh pujuk. dan aku kan memang tak ada kerja, video test shot yang penuh muka aku pon aku dah upload dekat fan page aku.

dan berita aku yang paling latest, aku baru habis kerja dengan team IkanPaos dengan Motiofixo buat music video Hujan, Inspektor Remos. aku jadi crew je. multitasking macam biasa. siap jadi extra sebab aku sebenarnya mula mula kena cari extra pastu extra semua ramai yang tak datang. tak cukup orang, pastu dengan rela hati offer diri supaya director tak panas hati. korang kena tunggu dengan penuh tak sabar untuk music video ni. pada aku, senang senang je music video ni nak menang apa apa anugerah music video dalam Malaysia ni. watch, this, space.

photo by Ise.

photo by Raihan Razman.

dan sekarang, aku tengah jobless. sila panggil aku buat kerja sambil sambil aku buat pre production short film kawan kawan aku ni, "Flower Power". nak kena tunggu manusia rambut panjang berkumis duduk amerika tu balik malaysia ni dulu. bertahun! ***


and paling dekat, sabtu ni aku ada organize event acoustic kawan kawan. jemputlah datang wei. jangan tengok je flyers ni. pastu tolong ah sebar sebar sikit. :p


anyways, ni contoh multitasking. kbye!


* fan page Mohd Zulhelmie - (klik sini)
** youtube official Hujan - (klik sini)
*** sinopsis "Flower Power" - (klik sini)

2 comments:

lizz said...

hebat!!!! aku dulu konon2 nak terjebakkan diri dlm bidang ni.konon2 ar!!hahahahaha!!! tapi,tak ada rezeki. takmo tutup blog ni plz!! *rasuah duit saidina*

scha said...

mie..mee kata tak malu ke kau buat fan page sendiri..hahaha..