Friday, December 10, 2010

selamat tinggal.

2hb Julai 2006.
hari pendaftaran.
uitm permatang pauh, pulau pinang.

di pagi itu, elmi agak sedikit down. mungkin kerana tidak mahu berpisah dengan kekasih hatinya yang hubungan mereka baru berusia beberapa minggu. dan elmi juga belum pernah lagi berjauhan dari keluarga sebelum ini.

tetapi elmi sedar, ini peluangnya untuk menjadi seseorang. maka elmi teruskan juga niatnya untuk belajar, walaupun dia sedar, dia akan berjauhan dengan kekasih hatinya. hubungan jarak jauh merupakan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan. lagi lagi dengan cubaan dan dugaan yang datang dari keluarga kekasihnya itu.

cita cita elmi adalah untuk menjadi seorang juruterbang. dari kecil lagi, ayahnya sudah memupuk minat terhadap kapal terbang kepada elmi. itulah sebabnya elmi mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya dalam bidang kejuruteraan mekanikal aeroangkasa.

suasana di sekitar kampus di pagi hari pendaftaran amat tenang. elmi memandang kekiri dan kekanan, tiada langsung wajah yang dikenalinya. mungkin kerana elmi datang dari sekolah biasa, bukan dari sekolah teknik. maka sudah tentu tidak ramai kawan kawan sekolahnya yang akan menyambung pelajaran disini.

selesai sahaja proses pendaftaran, sebaik sebelum keluarga dan kekasih elmi berangkat pulang meninggalkannya, elmi dibotakkan rambut. sebagai tanda selamat datang ke kampus uitm pulau pinang.

bermulalah penggembaraan elmi sebagai seorang pelajar uitm.

---

beberapa bulan kemudian, sekitar oktober 2006, elmi ditawarkan untuk menjadi seorang kadet juruterbang dibawah biasiswa yang diberikan oleh MAS. dipendekkan cerita, selepas beberapa ujian IQ yang ditempuhi, dan juga selepas proses temuduga, elmi berjaya untuk menjadi kadet juruterbang.

panas disangka sampai ke petang, tidak elmi sangka hujan akan turun tengahari nanti.

mata elmi disahkan rabun warna oleh doktor. elmi serta merta tidak layak untuk menjadi seorang juruterbang. malah untuk menjadi seorang jurutera juga tidak layak.

fikir elmi jauh dalam hati, 'apa gunanya aku belajar kejuruteraan mekanikal, tapi aku takkan layak untuk menjadi seorang jurutera?'. dengan kata kata inilah yang elmi pegang sejak dari hari itu.

kelas demi kelas elmi hadiri. hari demi hari. bulan demi bulan. semester demi semester. akhirnya elmi sudah berada di semester terakhirnya. semester enam.

---

januari 2009.
semester enam.
uitm permatang pauh, pulau pinang.

dalam pengamatan elmi, ini merupakan semester terakhir beliau. semester paling akhir. pasti para pensyarahnya takkan berkira sangat untuk meluluskan semua pelajar mereka. sejak dari hari pertama, elmi mengambil mudah semester terakhir ini.

pada semester terakhir ini juga, minat elmi terhadap filmmaking semakin membuak buak. banyak masa elmi dihabiskan didepan laptop. menghabiskan masanya untuk mengenali orang orang filem malaysia. belajar tentang filem. dan juga selok belok kamera.

elmi hampir saja terlupa tentang proses pembelajarannya.

dan akibatnya, lima daripada tujuh subjek yang didudukinya gagal. gagal teruk. dengan mentaliti, 'aku tak boleh jadi jurutera, tapi aku kena belajar pasal nak jadi jurutera', dengan kawan kawan yang sebahagian besar sudah tamat belajar, dengan hal hal peribadi seperti kekasih hatinya yang sudah meninggalkannya hampir dua tahun lepas (dan ya, sehingga masa ini, elmi belum melupakan lagi kenangan kenangan bersama bekas kekasihnya itu), elmi harus terus berada di pulau pinang untuk meneruskan apa yang sudah dia mulakan hampir tiga tahun yang lepas.

dipenghujung semester ini juga, elmi mendapat berita tentang penyakit salah seorang kawan baiknya, tazo. tazo memberi tahu elmi seorang sahaja pada masa itu tentang masalah penyakitnya. tetapi elmi mendesak untuk memberi tahu rakan yang lain.

tazo memberitahu elmi pada masa itu, 'kau jangan down sangat. sem depan kita belajar sama sama kelas calculus tu. kita grad sama sama nanti. lagipun nanti aku bawaklah xbox360 tu letak dekat rumah. aku nak habiskan sisa hidup aku dengan kau dengan afiq dekat pulau pinang'.

---

november 2009.
penghujung semester tujuh.
uitm permatang pauh, pulau pinang.

semester yang dimulakan dengan berita pemergian arwah tazo, menambah kesulitan elmi untuk terus belajar. nasib baik afiq, seorang kawan baik elmi dari beberapa semester yang lepas, masih ada untuk menemani elmi.

semester kali ini agak membengangkan elmi, kerana salah satu pensyarahnya tidak membuka kelas untuk salah satu subjek yang elmi gagal. maka, elmi terpaksa untuk menambah lagi satu semester pada semester berikutnya, hanya untuk subjek itu.

malang tidak berbau, salah satu dari tiga subjek yang elmi duduki, gagal lagi.

tetapi dalam masa yang sama, cita cita elmi didalam bidang perfileman semakin membuahkan hasil. elmi berjaya memenangi satu pertandingan filem pendek merdeka. dan elmi telah dijemput ke program tv quickie 8tv dan juga remaja tv3.

---

semester lapan.

semester kali ini, elmi bersama dengan kawan kawan serumah yang baru. yang tidak pernah elmi rapat sebelum ini. suasana baru. mungkin ini batu loncatan yang diperlukan untuk elmi memulakan semester baru dengan jayanya. dan seterusnya menghabiskan pengajiannya.

pada masa ini, kelas elmi hanya seminggu tiga kali. masanya lapang. elmi mengambil keputusan untuk bekerja sambilan di carrefour seberang prai, pulau pinang sebagai penjaga kaunter ikan. hari hari elmi pulang dari tempat kerja dengan bau yang sungguh harum. elmi juga dipandang remeh oleh kebanyakkan pelanggan carrefour.

elmi berkata dalam hati, 'tunggu korang, korang pandang hina dekat aku, satu hari korang akan rasa menyesal sebab tak mintak autograf aku'. (okay part ni aku tipu)

elmi juga nampak lebih bersungguh dalam pelajarannya semester ini. mungkin kerana dirumah barunya ini tiada kemudahan internet.

tetapi elmi tetap tidak dapat menguasai salah satu subjek yang diduduki beliau. propulsion.

propulsion ini adalah subjek yang paling susah dalam banyak banyak subjek yang pernah diduduki elmi. dan ternyata benar tanggapan elmi, dia gagal lagi semester kali ini.

walaupun elmi sudah mengurangkan aktiviti sosialnya pada semester kali ini, elmi tetap gagal lagi.

---

semester sembilan.
julai 2010.

semester kali ini, hanya tinggal elmi seorang sahaja dalam senarai pelajar yang datang dari batchnya. kesemua kawan kawannya sudah tamat pengajian dikala ini. elmi sudah keseorangan. tiada kawan. tiada siapa. kecuali seorang kawan juniornya yang dia kenal semasa semester lepas, surd.

oleh kerana kelas elmi pada semester kali ini hanya sekali seminggu, elmi mengambil keputusan untuk berulang dari rumah ke kelas sahaja. perlu diingatkan, rumah keluarga elmi adalah di nilai. manakala kelasnya berada di pulau pinang.

setiap hari jumaat pagi, kelas elmi. petang juga ada kelas. setiap khamis malam, elmi akan menaiki bas ke arah pulau pinang. pergi ke kelas dipagi hari. balik menumpang di rumah surd pada sebelah tengahari. lepas sembahyang jumaat, elmi akan terus kekelas petang. sebelum terus bergegas untuk pulang ke nilai dengan menaiki bas pada jam 5.30 petang selalunya. elmi tak boleh ambil bas yang lewat sedikit pon, atau dia mungkin terpaksa untuk tidur di stesen bas bukit jalil sehingga pagi.

itulah rutin harian elmi setiap minggu pada semester sembilan. letih. baca pon boleh tau letih. inikan pula elmi yang merasa beban itu.

pertengahan semester, elmi dipanggil untuk menyertai program realiti tv detik bersama handycam anjuran sony dan astro. bisik elmi waktu ini, bolehkah dia untuk menyertai pertandingan ini sambil tidak melupakan pelajarannya. elmi berfikir untuk cuti satu semester pada ketika ini.

tetapi atas desakan ibubapanya, elmi teruskan pelajarannya sambil menyertai program tersebut.

elmi ditakdirkan untuk kalah dalam program itu. kerana ironinya, pertandingan akhir program itu dilangsungkan serentak dengan kertas peperiksaan akhirnya pada semester itu.

oleh kerana hanya satu kertas yang didudukinya, dia belajar bersungguh. ditemani fynaz dan ceghap, elmi menghabiskan malam terakhir sebelum perang paling besarnya, dengan menghafal formula di mcd depan rumah surd.

---

10 disember 2010.
dua hari sebelum hari lahir elmi yang ke 22.
nilai.

sedang elmi menghabiskan masanya didepan laptop, terdetik didalam hatinya untuk membuka email.

apa yang dia nampak, sangat mendebarkan.

satu email dari uitm yang bertajuk, 'keputusan peperiksaan'. elmi membuka email tersebut dengan penuh debaran. dan.....

Alhamdulillah. elmi akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya walaupun bermacam rintangan yang menghalang. elmi mengambil keputusan untuk membotakkan rambutnya sebagai tanda 'selamat tinggal uitm' seperti mana elmi perlu membotakkan rambutnya sebaik elmi mendaftar pada hari pertama sebagai tanda 'selamat datang ke uitm'.

perlu diingatkan, elmi tidak boleh menjadi jurutera.

14 comments:

It's Feesa said...

well written bemy :) good luck in chasing your dreams!

P/S: nanti awek2 yang reject bemy dulu mesti menyesal reject bemy bila diorang tgk bemy dah berjaya (cheh)

Elmi said...

bemy suka p/s tu. jaga jaga!

sarangsawang said...

b-otakkkkkkkkkkkkk (sebut ala ala zombi kampung pisang)

-scha yang malas nak log in-

acap664 said...

sebak membaca. hampir menitiskan air mata. *part tertentu. yelah. berat mata membaca berat lagi beban yg telah dipikul oleh elmi sehinggalah kini dia menjadi orang. but still aku tak nak ucap tahniah sehingga elmi membotakan rambutnya. haha. tapi aku serious.

Elmi said...

scha : tapi kau login jugak? hahaha

acap : kau cakap macam naidu. kau tau tak naidu tu siapa? hahaha

manusia berupa ultraman said...

yeyyyy!!! elmy dah tamat kan lagenda di uitm penang!!! TAHNIAH!!! *ada tears* (ok tipu)

happy lah!!!!!!! tahniah lagi! selamat jadi graduan UITM PENANG!!!

digitelwerk said...

busu pon nak botak gak la sempena grad elmi ni. jom jumpa kat kedai gunting rambut mamak

Elmi said...

ultraman: thanks weh!

busu : amboi kemain lagi busu pon nak botak. jom elmi botak isnin ni!

-my name is NazLockman- said...

alhamdulillah;)
nti tweet gbr u botak,
i nk tgk;D

Elmi said...

naz: will do!

zchr said...

congratulations! :D

Elmi said...

zatil: thanks!

dobot said...

TAHNIAH :D

Elmi said...

thanks dobot!