Wednesday, December 29, 2010

aku dan klia.

this is not a sad ending story.

keep reading.

-----

somewhere in February 2011.
KLIA
08:11 AM

selepas menunggu Elmi yang agak susah bangun pagi, akhirnya Ulii, Jijul dan Elmi sampai di KLIA. Jijul keluar awal pagi, pukul 6:30 dia dah keluar rumah. semuanya gara-gara si Ulii yang tidak henti-henti call dari pagi. sebaik Jijul tiba dirumah Ulii pagi tadi, Ulii awal-awal dah siap. cantik Ulii hari ini. tidak seperti biasa, comot, tak mandi pon dia boleh keluar rumah. hari ini Ulii lain, lain sangat sampai buat Jijul rasa tidak selesa memandu kereta. mungkin hati Jijul berdebar. sebab Jijul memang dengan semua perempuan comel dia akan berdebar. kadang-kadang lelaki comel pon boleh buat hati Jijul berdebar sampai menggigil.

sebaik mereka tiba di KLIA, mereka mengalami kesukaran untuk meletakkan kereta. sehinggakan Ulii sanggup untuk berlari dari kawasan parking, ke dalam balai ketibaan. kelihatan di balai ketibaan adalah beberapa rakan Ulii iaitu Mami, Sigg, Boy, Oked, Shakinah dan lain-lain.

Ulii tanpa bersalam dengan semua orang, terus berlari menuju ke skrin yang menunjukkan jadual ketibaan pesawat. "flight MH123 dari Los Angeles mengalami kelewatan. pesawat akan tiba 5 jam dari waktu yang sepatutnya", kata suara dari speaker announcement.

Ulii yang berpakaian dress merah, berkasut tumit tinggi, bermekap tebal, bergincu merah Liverpool, nampak resah gelisah. "weh jom kita pergi sarapan dulu, Mami nak belanja tu hah", tegur Sigg. Ulii berkeras untuk menolak. kerana hatinya sudah tidak keruan lagi untuk menunggu ketibaan pesawat tersebut.

maka tinggallah Ulii seorang diri di balai ketibaan. rakan-rakannya yang lain semua berlalu pergi untuk bersarapan di McDonald's. Mami belanja semua. semua Mami bayar. yang lain pandai melahap saja. minta apa saja makanan, Mami sikit pon tak kesah. sebab Mami memang murah hati belanja semua orang makan.

-----

5 jam kemudian.

pesawat dari Los Angeles sudah selamat tiba di Kuala Lumpur. hati Ulii semakin tidak keruan. "dah lama aku tunggu saat ini", bisik hati Ulii. rakan yang lain nampak tenang. cuma nampak Jijul yang agak tidak menahan untuk membuang air kecil. tapi serba salah didalam hatinya untuk meninggalkan detik yang akan disaksikannya sebentar nanti. maka dia memilih untuk menahan kencingnya. "huu hah huu hah huu hah", gaya Jijul menahan air kecilnya.

beberapa minit kemudian, saat yang ditunggu-tunggu sudah tiba. rambut panjang mengurai sampai ke lutut, muka berkumis tidak mandi lapan hari, berkaca mata gelap, berpakaian ala ala Jim Adkins, Ulii yakin itulah boyfriend jarak jauhnya selama ini. "itulah dia Jesper aku, itulah Afiq akuuuuuu!", jerit Ulii didalam hati.

tanpa segan silu, Ulii terus berlari untuk mendapatkan Afiq. Afiq dengan muka selamba, dengan perlahan-lahan membuka kaca matanya sambil menadah bibir.

plup!

dalam sekelip mata, bibir Ulii sudah melekat di bibir Afiq.

"wei bodoh rakam bodoh", kata Jijul.

"weh jangan afiq, dia letak racun doh", kata Sigg.

"nak buat macam mana, dia pilih KLIA doh", balas Afiq.


2 comments:

kucing said...

mami tu memang masyuk ke?

Elmi said...

ha'ah. mami paling kaya sekali.