Tuesday, November 16, 2010

aku atau klcc?

semalam heboh betul pasal kes video pasangan remaja bercumbuan dekat tepi pavi. aku mula mula macam tak perasan sangat video tu, sehinggalah beberapa orang kawan di twitter sibuk berborak pasal benda ni. aku jadi terasa ingin tahu. maka dimintanya link video tersebut.

dan tengoklah aku dekat video tu.

mula mula aku tengok, aku tak ada perasaan marah gila pon. tapi sebab kawan kawan dalam facebook/twitter semua bukan main punya marah, aku pon nak jugak marah. baru ikut trend orang kata. biasalah manusia. ikut trend kan shiznit.

okay berbalik kepada video, bukan perasaan aku.

kualiti dia sucks. mungkin sebab dia pakai handphone biasa je. kalau pakai iphone 4 mungkin kualiti nice sikit. camera angle dia, biasa sangat. paras mata. tak best. cuba kalau dia shoot guna angle mamat khalid sikit, paras pinggang. mesti menarik sikit video tu.

tapi watak watak dia menarik walaupun cinematography video tu tak best.

watak satu, si lelaki ala faizal tahir atau farid kamil bak kata abang fendy zaidan kita (semua pon nak huruf f apahal ni? propaganda freemason ke?). aku tau sangat lelaki macam ni, dia tak ada feeling pon dekat awek dia tu. awek dia tu tak cun kot. cuma buat stok lepaskan bil air yang tertunggak je tu. confirm punya. tapi aku rasa, dia sepatutnya lebih jual mahal sikit dengan perempuan tu. jangan bagi terus dia cium kau. kasik dia terkejar sikit. baru lah lelaki, dude! ni nampak sangat kau pon sangap nak cium awek kau tu. cih.

watak dua, si perempuan. betapa murahnya watak ni. secara fizikal pon agak buruk. muka pon memang tak boleh belah mana pon (aku bukan nak menghina ciptaan Tuhan, tapi manusia macam ni memang diciptakan untuk dihina pon). kau kalau betul murah macam tu, kenapa kau terhegeh sangat dekat lelaki tu? kamonlah, dekat klcc tu kan ramai lagi mat indon? pergi jelah cari sana. kasik cium mulut sikit, confirm dapat mcd free. tapi aku tau kau boleh buat lagi better. sebab watak ni memang nampak sangat murahnya. kamon, keluar modal sikit. buat rambut, make up lawa lawa sikit, dress up gempak gempak sikit. pergi mengorat anak datuk. alang alang dapat kereta sebijik. dah alang alang murah.

watak tiga, kawan kawan yang tukang rekod. watak ni paling aku suka. sebab ayat ayat yang digunakan. seronok dengar. boleh jadi trend. 'rakam bodoh, rakam rakam!' - ayat ni boleh digunakan bila nak shooting filem, mungkin. 'jangan han, dia letak racun bodoh' - ayat ni boleh guna pakai kalau kita lepak dengan kawan kawan kita. 'nak buat camne, dia pilih klcc bodoh' - kalau kawan kawan kita nak ajak kita pergi klcc, kita boleh guna ayat ni.

watak empat, orang lalu lalang, abang abang bawak teksi dekat belakang tu. tengok je eh? tapi kalau aku pon, aku tak berani tegur. takut kena pukul.

malaysia kan negara demokrasi. sana sini orang boleh pukul orang.

dari pukul orang, baik cium mulut tepi pavi. baru SHIZNIT!

15 comments:

Berd said...

Bagi aku dalam ramai-ramai orang yang sebar video tu paling bodoh. Kalau nak sebar pun sebar lah yang bersetubuh ke tunjuk buah dada ke bondage ke public violation ke entah apa jadah lagi lah. Setakat tunjuk video remaja urban bercium apa aku dapat? aku dapat apa?

Siapa nak jawab?!

okedkama said...

fuh selamat HD aku pakai kamera soni

Elmi said...

berd: hahaha tulah pasal. baik buat 3gp terus. puas sikit hati naluri ni. hahahaha

oked: dan HD kau adalah azizul kan? hahahahahah

scha said...

post la video tu kat sini!
hahahahaa! kalo tiba tiba kau kua tag line bodoh bodoh ni,tahu la aku dari mana kau amek..hahaha!
sengal weh,tido la woi...

Elmi said...

taknak aku post. video tu tak layak duduk dalam blog aku. hahaha

-my name is NazLockman- said...

hahahha..
lu memang lawak sial.
;D

afiqsiddhartha said...

aku tak kisah mereka ni nak cium atau bergomol atau berdayungan sekalipun. Tapi yang jadi isunya komen komen yang dorang dapat. Semua komen nak baik baik je. Apa salahnya komen sokong ke, atau cakap, wah sweetnya. Awww mereka ni. sorry macam kaf lam ayat aku. Walaupun gadis tu tak cantik, dia ada nafsu jugak. Kesian lah dia.

shakinah said...

ayat kau, LIKE! hahaha

dish said...
This comment has been removed by the author.
Elmi said...

naz: lawak belah mana tu? hahah

afiq: jyeah. padahal, yang duk mengutuk tu pon mesti ada jugak yang buat. cuma bezanya, dorang tak rekod. tu jeeeeee.

shakinah: kau bodek aku eh? haha

dish: yeah. itu yang cuba aku sampaikan. :)

fyka said...

ada ke mintak pilih klcc atau dia.tk pyh awek tu la kalau aku pn sah2 pilih klcc indah sikit pemandangan dr mamat tu.Haha

plg best kt sini kwn2 dia and org2 "alim" yg komen kt video tu.habis segala sunah keluar.komen pada-pada la tk pyh nk jd ustaz/ustazah pulak tiba2.

Razman said...

paling suka komen abg afiq saya. dia memang lelaki yg true sweet. hanya org sweet memahami jiwa peromen sweet ni. haha

Elmi said...

fyka: hahaha tulah pasal. dan dan masing masing pon nak tunjuk bagus nak komen macam macam. buat lek sudah. takat bahan bahan tu cukuplah. tayah ah nak tunjuk baik sangat.

razman: hahaha apa apa je lah korang ni. -_-

ciKeju said...

aku bagi dia pilihan dow..

ayat nie dah popular..HAHA

Elmi said...

cikeju: hahaha tau takpe!