sebelum ni bukan tak pernah baca buku/novel, pernah je. tapi tak adalah minat. satu buku tu selalunya akan baca dua tiga muka surat je. aku rasa satu je buku/novel yang aku pernah baca sampai habis. tu pon baru dua tiga bulan yang lepas. buku mohd jayzuan jurnal rock and roll tu.
masa sekolah menengah dulu dulu, novel novel tu apa barang baca? buku sinopsis tu ada sudah. dekat situ complete dah dengan dia punya pengajaran tema semua lengkap. buat apa lagi baca novel tu kan?
tapi haritu jijul ada cakap dekat aku, bila baca novel, minda kita buka. sebab imaginasi kita terhadap satu satu babak tu, lain dari imaginasi orang lain. maka dari situ dapat pupuk idea idea bernas untuk buat skrip, ataupun buat filem pendek.
lagi membara aku nak baca buku.
ingat lagi dulu, masa sebelum aku ambil keputusan untuk berulang alik, nilai - penang untuk ke kelas tiap tiap minggu? aku terlalu bosan duduk dekat rumah. dan aku ambil keputusan untuk cari buku untuk aku baca.
malangnya, bila aku masuk kedai buku, aku lost.
lost.
buku genre apa yang perlu dibaca? rak buku mana yang paling sesuai dengan aku? masa tu aku tweet, sorang pon tak reply. kecewa gila.
jadi kawan kawan, sila suggest aku buku yang perlu aku baca. serius tolong. kang aku malas balik kang nak baca kang.
footnote : tak lama lagi bila dah biasa membaca, aku boleh start menulis buku pulak, maybe?
2 comments:
try buku ni. langit ilahi 3: fanzuru, maka lihatlah. mengenai alam2 ini dan mengajak kita berfikir. bahasa mudah. penulis masih muda.
buku ni..quran~
Post a Comment