Saturday, October 16, 2010

tak matured.

sejak akhir akhir ni aku macam masuk air. kepala jadi tak betul. tak betul maksud aku bukanlah bodoh. tapi pelupa. asyik duk lupa je nak buat apa. ni pon senarnya tengah lupa nak tulis apa dekat blog ni. tadi rasa macam ada benda best je nak tulis. sekarang dah lupa. dah tiba masa nak hire personal assistant ke katanya? ehhhh.

okay okay.

aku sebenarnya jeles. jeles sangat.

jeles dengan orang yang ada dua patah nama. dua patah nama maksud disini adalah contoh ; aiman zamri, shafiq helmi, haikal nasir, ikmal ibrahim, zunaira zulkifli, omar bahrin, noh salleh, ashraf latif, zamzury sani, azizulhakim salleh, uzair sawal, razaisyam rashid, nurul aimi, wani ardy, fynn jamal, naja zulkefli, safinaz yazed, zuraine zulkipli, liyana jasmay, diana danielle.

eh banyak sangat pulak contoh.

serius aku jeles. nak buat username twitter pon senang. nak buat username facebook pon tak kena reject dengan admin. nak guna untuk email pon sedap je bunyinya.

cuba korang bayangkan nama twitter aku yang sekarang ni, elmielmo. fuck tak matang langsung. macam budak budak.

ye betul, memang ada segelintir kawan kawan yang memang panggil aku elmo. tapi bukannya orang tau pon yang sebenarnya memang ramai kawan yang panggil aku elmo. kalau orang tu baru nampak twitter aku, mesti dorang akan cakap, 'mamat ni bajet comel'.

kan?

aku sebenarnya dah lamaaaaaaa gila nak tukar username tu. tapi apakan daya, aku tak mampu untuk fikir satu nama dua patah yang sesuai dengan aku. takkan mohdzulhelmie? nanti mesti banyak tweet mention yang aku tak dapat check. sebab pasti, aku pasti, ramai betul yang salah eja nama aku.

sedangkan masuk paper, masuk website media media pon semuanya salah eja. yeah, semua. tak ada satu pon yang pernah eja nama aku dengan betul. inikan pulak kawan kawan twitter. eja nama pon tak reti, ada hati nak ingat birthday aku berapa hari bulan. sah sah nama kawan twitter. yang dorang duk fikir cuma nak tweet apa lepas ni.

balik kepada topik asal. bukan nak emo dekat sini.

aku nak pakai username @mhdzlhlmzllfn sebagai tweet official aku. tapi lagi la pulak orang susah nak eja. haih. apalah susah sangat nama ni.

nampak sangat betapa tak ada life nya aku ni sampai masalah nama pon jadi besar sangat sampai kena tulis blog.

kan?

biasalah elmi. macam baru kenal semalam u'ollz ni!

:p

foot note : cuba tengok email address aku. elmi.coklat@gmail.com. seriously? coklat? memang tak matang.

1 comment:

Namy Rashid said...

hahaha hoi. jgn lah buat nama twitter jd mhdgfdshgdhdjg tu! org nk search pon susah. awek nk rekemen kt mmbe pon susah! pendek kate, menyusahkan! bia jela elmielmo. ITU DIRI U KOT. yg bezakn u from aiman zamri, shafiq helmi, haikal nasir, ikmal ibrahim, zunaira zulkifli, omar bahrin, noh salleh, ashraf latif, zamzury sani, azizulhakim salleh, uzair sawal, razaisyam rashid, nurul aimi, wani ardy, fynn jamal, naja zulkefli, safinaz yazed, zuraine zulkipli, liyana jasmay, diana danielle. nah! HAHA