Monday, September 27, 2010

dah taknak.

letih.

aku baru lepas remove friend dengan dekat lebih kurang 2000 orang dalam facebook. letih tekan butang remove. letih layan karenah entah apa apa. padahal aku sendiri tak kenal siapa siapa entah yang duk komen komen kata aku handsome bagai tu semua [perasan].

feed aku selama ni duk sibuk dengan orang yang aku tak kenal. aku rasa lost. kadang kadang rasa macam dah tak keep track dengan life kawan kawan aku. aku ni jenis suka ambil tahu [kepoh] hal kawan kawan aku. jadi bila dah tak dapat keep track, aku rasa aku makin macam tak ada kawan. jadi aku ambil keputusan untuk delete siapa siapa yang aku tak kenal tu. hah. penjelasan!

kalau korang perasan, aku dah protect tweet aku jugak. kenapa dengan aku ni? makin dah tak fun je nampaknya kan?

makin matang kot rasanya. entahlah. dah bosan kot. atau mungkin dah taknak.

entah. tak tau.

aku terfikir dua tiga hari ni, mungkin aku tak laku sebab perempuan takut aku ni kuat sangat flirt katanya. jadi aku pon buang perempuan perempuan hot semua dalam friend list aku. dalam twitter pon dah block dah mana mana yang aku rasa macam duk semak je tu.

pada aku, biar tak ada hidup fun ni semua. asalkan aku happy dengan seseorang.

AKU BOSANLAH HIDUP MURUNG MACAM NI!

oh lagi satu, aku selama ni gunakan twitter dan facebook sebagai medium aku nak cari nama sikit sikit. sekarang aku dah taknak. aku dah taknak fame fame ni semua. aku taknak cari. kalau fame tu nak datang, biar dia datang sendiri. aku dah capai target aku, buat orang nampak hasil kerja tangan aku. sekarang biar orang menilai, dan biar orang offer aku kerja. aku dah taknak cari fame sendiri. penat gila.

okay sekarang aku ulang,

AKU BOSANLAH HIDUP MURUNG MACAM NI!

4 comments:

Namy Rashid said...

u akan ok nanti. u akan dpt blk semangat u nanti. i pnh mcm ni jugak :)

LUMUT said...

aku dah pon delete facebook kenalan alam maya yang kenal aku sebagai lumut....

masalah terjadi bila aku treat kenalan alam maya sama baiknya macam kawan kawan aku yang aku dah kenal lama..but then bila diorang sendiri tak apprc8 aku...aku rasa kenalan alam maya tak boleh dibuat kawan..mereka akan pergi bila tidak memerlukan kita...

bila kita sedih,murung,perlukan some1 to talk....mereka semakin menjauh.....

inilah life beb..manusia dtg dan pergi....ape pon kawan2 yang kau dah kenal lama in real life...try carik mereka..keep in touch....biar x banyak prg kenal kite...tp ade yg apprc8 kehadiran kita...

itukan lagi sweet?

Penulis.Sahaja. said...

kau delete aku ye elmi?
hurrmmm.

nurain rodze said...

hidup murung memang bosan .

kita kan ada kawan.

kita kan dah ada kawan .
jadi, kawan pulak kena la laksanakan tanggungjawab mereka supaya kita tak murung kan kan?