Friday, September 24, 2010

corot.

sebelum membaca entry yang agak panjang dan meluatkan ini, anda dinasihatkan untuk klik sini terlebih dahulu.

ternyata, aku memang dari awal menyangka dengan tepat tentang kedudukan akhir aku di rancangan realiti tv terbaru astro, sony detik bersama handycam.

dengar nama rancangannya, tidaklah semegah akedemi fantasia, one in a million, keynote, showdown mahupun american next top model. tapi apa yang boleh aku simpulkan, cabarannya adalah lebih mencabar dari rancangan realiti yang lain.

secara asasnya, rancangan ini diterbitkan adalah untuk mencari seorang pengarah generasi baru, pengarah muda. tidak seperti akedemi fantasia ataupun one in a million yang mencari penyanyi. dan juga keynote yang mencari seorang komposer.

cabarannya berpuluh kali ganda mencabar kerana kalau hendak dibandingkan dengan program realiti yang lain, mereka diberi masa lebih kurang seminggu untuk menghasilkan sesuatu produk yang mantap. tak kira dari segi nyanyian mahupun hasil ciptaan lagu ataupun koreografi yang paling menarik.

kami? kami hanya diberi masa 8 jam untuk menyiapkan sesuatu tugasan. 8 jam termasuklah dengan menyiap edit kan video pendek tersebut. mungkin sekarang korang cakap, 'alaaa, video dua minit je pon'.

itulah exactly yang aku cakap masa sebelum aku lalui apa yang telah aku lalui minggu lepas. video dua minit je pon, takkan lah tak ada masa nak buat. 8 jam tu banyakkkkkkk masa. relaks la elmi.

cuba korang masuk tengok. sempat tak korang nak buat.

ye mungkin sempat. tapi aku pasti, storyline dan idea asas video pendek korang takkan mantap. sumpah! nak perah idea je, dah dekat sejam. kadang-kadang, nak faham konsep yang perlu kau buat mengikut tugasan yang diberikan kepada kau je dah sejam. macam mana?

korang boleh ke buat lagu dalam masa sejam? siap dengan lirik? korang boleh dance power ke dengan crew korang kalau prektis cuma sejam dua? tak boleh kan?

tu yang kitorang lalui. jadi apa jua hasil yang keluar tu, aku memang dah cukup puas hati. walaupun cuma diberikan masa yang singkat, aku boleh keluar dengan hasil yang macam tu. kira power jugak aku ni.

heheh

okay cukup dah intro entry. aku dah nak masuk bab serius dah ni.

camera? rolling. action!

------------------------------

hai. nama saya elmi. sayalah peserta yang mendapat tempat terakhir dalam senarai 6 orang peserta sony detik bersama handycam.

corot.

kenapa corot? aku cakap, aku corot atas faktor nasib 50 peratus, dan sebab aku ni memang tak ada ilmu 50 peratus.

kenapa nasib? bad luck ke?

agak bad luck jugaklah. dah kalau 3 dari 4 task yang aku lalui, aku dapat task yang paling susah antara tiga tiga kumpulan.

contoh ; eh tak payah contoh, aku cerita semua ;

tugasan pertama di kuala kangsar, visual art.

dalam skop visual art tersebut, aku dapat tajuk stop motion. sedangkan lagi dua kumpulan cuma dapat fast and slow motion, dan juga split screen.

pada aku secara peribadi, stop motion memang tak setaraf langsung dengan lagi dua ni. cara editing, memang makan masa gila. jadi bila aku dapat task, aku jadi terburu buru, sebab aku terlampau nak kejar masa untuk editing. tu pasal keluar result macam sampah. sumpah macam sampah. aku duk emo dalam twitter, ada juga yang kata aku saja buat buat emo. padahal aku punya superb. aku cakap terus terang, aku sendiri tak nak tengok dah stop motion aku tu. aku rasa kalau korang tengok video tu, mesti korang klik unfollow dekat blog aku ni. sumpah.

tu pasal abang mamat khalid cakap, kreativiti aku lemah. dia bagi cuma 1.5 bintang. SAHAJA.

habis je wayang pacak, dia panggil aku pergi belakang. dia cakap, 'kalau abang bagi kamera dekat budak sekolah pon, dorang boleh buat lagi bagus dari kau'. aku terus down gila. aku rasa masa tu, Allah je tau macam mana malunya aku. mana letak muka masa tu pon aku tak tau. rasa macam nak flush muka sendiri dalam lubang jamban je. tapi manusia lemah je yang putus asa.

ada dalam sejam jugak, baru aku cool down. baru aku kembali dapat fikir dengan waras.

aku teruskan journey aku ke task kedua dengan kepala jalan pandang ke lantai.


task kedua di kuala terengganu, dokumentari.

dalam skop dokumentari ini pulak, aku dapat tajuk, culture and heritage. memang terbaik. kena campak dekat kawasan chinatown pulak tu. sah sah kena buat pasal culture orang cina. sedangkan, yang datang mengundi malam tu adalah kebanyakkannya orang melayu terengganu. paling ramai, budak budak remaja yang tengah melepak malam malam dekat pantai batu buruk. agak agak, dorang nak undi tak video dokumentari pasal cina?

atau rasa rasanya orang akan mengundi video dokumentari pasal ekonomi yang shooting dekat dalam pasar payang. atau dokumentari pasal pelancongan yang berkisar tentang seorang lelaki anak terengganu yang merupakan salah seorang anggota kumpulan tersebut?

kalau kau mat rempit, kau tengah lepak lepak, kau anak terengganu, memang sah sah kau undi filem pendek dokumentari yang bertajuk, anok teganu. memang takkan kau nak undi dokumentari pasal batik cina.

uncle othman hafsham cakap, shots kurang. dia tak banyak komplen. dia bagi 2.5 bintang.

kalah lagi. corot lagi.

tapi kali ni aku tak down sangat. cuma aku dah sedar yang aku takkan dapat kejar orang atas atas aku dah masa ni. points aku memang tak cukup dah. jadi lepas ni aku main untuk maruah semata.

berlalunya aku ke task seterusnya. masih pandang ke lantai sambil berjalan.


tugasan seterusnya di bandaraya melaka, music video.

what? music video? favouriteeee! memang ini rasanya masa sesuai untuk bounce back. tapi, terlambat dah kot. dah tak terkejar dah kan? tapi tak apa. aku nak buktikan pada orang dekat luar sana, aku punya bakat aku.

kata hati aku bisik bisik semangat.

undi team-mate, pilih sampul tugasan. dapat lagu baru mohd jayzuan. jiwang berat berkarat. terbaikkkkkkkkkkkkkkkkk siaaaaaaaaaaaaaaaal!

dah la aku memang kenal si jay ni. aku tau kepala gila gila si jay ni. aku tengok lirik pon, straight forward. terus aku dapat idea baik punya.

malam tu melissa saila kata, 'cara penceritaan awak very good'. dia bagi 3 bintang.

aku senyum. sebab kali ni aku tak dapat corot dah. aku dapat nombor dua. si pemenang buat music video lagu mirage dari pesawat. pada aku, dorang dapat capture audience sebab babak terakhir dorang tu, ada si jijul jadi bapuk. sumpah kelakar la sial!

dan lagi satu kumpulan tu dapat lagu bertajuk pungguk hitam. pungguk hitam ni adalah task paling susah pada hari tu. lagu tak catchy, lirik tak best. memang kesian team tu nak kena buat task tu.

kali ni aku sudah boleh berjalan padang straight kehadapan untuk ke tugasan terakhir.


seremban. short film.

tugasan paling mencabar. kali ni kena buat short film. bukan dua minit, tapi tiga minit setengah. kitorang dapat dua orang pelakon profesional. seorang lelaki, seorang perempuan. shaarnaz dan zarina.

genre short film lagi dua pasukan adalah action dan romantic. team aku punya genre? noir film (what the hell is noir film?).

ala janganlah korang google apa maksud dia. cuba korang fikir. hahahaha nasib baik aku ada buat research sikit. dan apa yang aku tau, noir film adalah, filem hitam putih bermisteri. macam ala ala filem mamat khalid dulu tu.

cubalah buat short film noir dalam masa lapan jam dalam keadaan panas terik. pergilah cuba. pergi pergi!

mampus aku dengan team-mate aku buat kerja. dapatlah hasil yang aku agak proud jugaklah sebenarnya.

malam tu ahmad idham cakap, filem kitorang tak paham. dah kata pon short film. mestilah tergantung. noir pulak tu kan? 3 bintang lagi.

aku terus jalan balik rumah pandang langit.


pandang langit sebab walaupun aku kalah, walaupun aku corot, pengalaman yang aku timba sepanjang dalam show ni, memang takkan dapat aku dapat dekat tempat lain. banyak gila ilmu yang aku dapat. baik dari juri jemputan, aku turut dapat input dari director, director of photography, dari abang abang cameraman, abang abang soundman, abang abang lighting, semua bagi input. dari aku kosong, sekarang at least, aku dah ada something yang aku nak tunjuk dekat orang.

sekarang mintak mintak aku dapat grad semester ni, semester depan dapat sambung ambil degree filem, cari lagi ilmu banyak banyak, baru aku rasa betul betul layak jadi seorang pengarah.

foot note : nanti final keluar tv, korang kena vote antara dua. sila vote azizul. dia layak menang. bukan yang lagi sorang tu.

3 comments:

coffeeaddict said...

i aminkan perenggan second last tu.
nak tengok video korang buat! :)

khairul anwar said...

USAHA LAGI BRO!

Anonymous said...

bangga dgn u!