Sunday, July 11, 2010

viva la espana.

aku janji aku tak saiko penyokong holland dalam ni yang macam aku saiko penyokong germany sebelum sebelum ni.

aku bukan apa, aku duk bahan penyokong germany sebab aku tau dan aku yakin, dorang bukannya true germany fans pon. dorang sokong germany semata mata sebab dorang nampak germany belasah england dengan argentina. tu je. dan mungkin sebab masa mula mula dorang tengok game germany dengan australia, dorang nampak germany power.

bukan sokong germany dari sebelum competition.

contoh true germany fans, abah aku. dari dulu sokong germany. tak kira jatuh bangun. penuh jugaklah sticker deutschland dekat kereta tu. tu pasal aku mana ada bahan dia sangat bila germany kalah.

dan bila germany kalah, heboh satu dunia duk salahkan si sotong paul tu. pathetic gila. lagi pathetic dari kalau kalah pastu salahkan referee. kamonlah gais.

ada lagi satu alasan bila kalah adalah, si mueller tu tak main. alasan tu mungkin boleh terima sikitlah. tapi rasa rasa koranglah, kalau ada mueller tu pon, boleh ke midfield germany tu nak lawan xavi, iniesta, xabi alonso dengan sergio busquets tu ?

boleh ke ?

jangan bagi banyak alasan bila dah kalah. mengaku je senang. cakap je yang team korang support tu memang tak layak nak menang. kan senang ?

okey dah menyimpang jauh dah ni. aku sebenarnya nak cerita pasal peluang spain nak muncul juara dunia buat kali pertama.

orang ramai tanya aku, kenapa aku beria sokong spain.

jawapan aku senang je. midfield.

resipi kejayaan spain sampai berjaya ke final adalah midfield dorang yang terbaik. kalau sesiapa yang main bola, mesti tau yang setiap pasukan yang hebat, mesti ada midfield yang hebat. kalau midfield kau mati, memang team kau akan mati. sebab tak ada connection between strikers dengan defence.

dalam spain, ada tiga attacking midfield yang memang taraf world class. iniesta dan xavi. korang bayangkan fabregas yang fans arsenal duk puja puja tu sekadar duduk bangku simpanan je. tiga tiga midfield ni memang sumpah terbaik gila. control ball dorang memang superb.

aku akui, dalam team holland, dorang pon ada midfield yang gempak. sneidjer memang sumpah dalam form. dan aku tak dapat bayangkan kalau dia tu spanish. mesti dah tau dah siapa yang menang world cup tahun ni.

dan ramai orang cakap, spain tahun ni banyak bergantung kepada david villa. aku sedikit pon tak setuju. kebanyakkan gol villa adalah gol teamwork. dan teamwork tu datangnya dari midfield yang hebat yang aku duk gebang dari tadi.

dan itulah rahsia kejayaan spain. dan itulah sebabnya aku pilih spain jadi pasukan pilihan aku sejak dari 2002.

selamat berjaya kepada spain dan holland. dan aku harap sangat bila wisel penamat bunyi nanti, scoreboard akan menunjukkan yang spain menang 3-1. gila apa first time dalam sejarah goalkeeper yang julang piala dunia ?

2 comments:

fydangmead said...

respon respon. haha. aku sokong germany weh. tapi dah tak mampu. redha je la. haha.

kau punya ayat bahan tu best. sokong2! haha. :)

panggil aku shEh said...

taklah. aku sokong germany sbb ade sume muda2 bdn tegap, n klose opkos (evn da agk tua tp cool). call me typical malay girl who adores hunky-star-footballers, but who cares anyway?

n yes. i ain't one germany true fan at all.
xdek hal. haha!