Monday, June 28, 2010

urbanscapes.

urbanscapes dah nama pon ada urban dekat depan tu. memang sah sah untuk orang orang urban. jadi agak struggle jugak tengahari semalam nak decide nak pakai baju apa yang paling kelihatan urban sekali.

selak punya selak baju dalam almari , semua baju kelihatan super urban aku , dah tak muat. kalau pakai jugak , mesti nampak perut kedepan.

aku buat keputusan untuk langsung tak pergi urbanscapes 2010.

okey aku tipu.

aku buat keputusan untuk jadi diri sendiri je nak pergi urbanscapes tu. jadi diri sendiri sekurang kurangnya tak hipokrit. kan ?

aku pergi menemani muaz. dia jaga booth doo dolls dekat situ. tapi sah sah dia kena jaga booth. jadi maknanya aku akan keseorangan dekat sana nanti. pikiaq punya pikiaq , aku teringat yang zymn ada tunjuk yang dia dah beli tiket presale awal awal dah. bukan macam aku , yang nak beli tiket last minute sebab manalah tau diandra nak bagi tiket free ke kan ? hihi

jadi bila teringatkan si zymn , aku pon pantas sms dia. ajak lepak sama. tapi dia dengan kawan kawan dia. aku macam biasa , dalam alam maya je aku heboh kecoh satu dunia. realiti aku kan pemalu. jadi aku ambil keputusan untuk jalan sorang je.

untung jadi aku , aku ramai kenalan. peramah sangat dalam alam maya. jalan sorang sorang pon tak kesah sangat. ramai yang bertegur. plus , sorang sorang ni lebih senang aku nak kemana mana. maklumlah , urbanscapes ni banyak sangat stage. nak berkejar stage tiga nak tengok tilu. nak tengok ssk stage dua. nak tengok figure of speech stage empat. nak tengok najwa dengan liyana fizi stage tiga. nak tengok robot asmara stage tiga. nak tengok arabyrd stage empat. nak tengok diandra stage dua. nak tengok loque stage empat. penatlah jugak aku lari sana sini.

nasib baik kawan zymn ramai balik awal. dapat aku duo dengan zymn usya para gadis. semalam mata aku tertumpu dekat 3 perempuan je. yang betul betul tarik mata aku sampai terlepas jugak lah nak tengok diandra perform.

kalau aku berani sikit je lagi , mesti aku dah tak ada masa nak type blog ni dah sebab tengah busy on call ke , main sms ke , chatting ym ke dengan perempuan perempuan hot gila babs tu semua.

tapi nak buat macam mana , balls aku tak cukup besar nak pergi tegur dia orang. makan pisang.

tahun depan kalau aku masih tak ada girlfriend , aku akan pastikan aku bersedia untuk mintak at least 18 nombor telefon dekat urbanscapes 2011.

p/s : tak ada gambar sebab datang sorang.
p/s lagi : krew remaja tv3 kejam gila tanya soalan pasal tong recycle. tak bagi hint langsung.

1 comment:

HazirahMahadzir said...

realiti aku kan pemalu



tolong jangan marah aku kalau aku tampar kau.