Monday, May 24, 2010

jujur dengan aku , kau pernah tak ?

pernah aku tanya diri sendiri , bukan pernah , tapi selalu aku tanya. pernah ke aku ni suka dekat sesiapa pasal kualiti yang dia ada. bukan pasal kebaikan yang dia ada. pernah ke ?

mula-mula aku selalu buat tak ambil tahu pasal benda macam ni. aku buat endah tak endah saja. tapi hari tu kak fynn jawab soalan aku dekat formspring.


aku terus terfikir. pernah ke ada orang yang suka aku sebab kualiti yang aku ada. atau dia orang suka aku semata mata sebab kebaikan yang aku ada ?

sebelum aku tanya soalan tu , aku tanya diri aku sendiri dulu. pernah ke aku ni suka orang sebab kualiti yang dia ada. atau selama ni aku suka orang sebab kebaikan dia saja semata mata.

bila aku godeh godeh balik memori otak aku , aku sendiri sedar diri. aku selama ni duk suka orang sebab rupa semata. kualiti yang dia ada , aku sikit pon tak pandang. jeling pon tak. pada aku itu semua tak penting. nampak sangat belum matang. kan ?

apa maksud aku dengan kualiti ? kualiti dalam konteks diatas adalah bermaksud keperibadian. korang tau apa maksud keperibadian kan ? ke itu pon aku nak kena explain ? melampau betul.

jadi aku tanya balik diri aku sekarang ni , aku pernah ke suka orang sebab kualiti yang dia ada ? jawapan aku masih tidak.

lepas tu aku tanya lagi dengan diri sendiri , pernah ada ke orang yang suka aku pasal kualiti yang aku ada ? atau orang suka aku semata mata sebab aku ni nampak kool kadang kadang , sebab gambar gambar aku di myspace nampak bergaya kadang kadang atau sebab aku ni handsome kadang kadang ?

heh.

sekarang aku tanya kau orang yang baca ni , pernah tak kau orang suka sesiapa sebab kualiti yang dia ada ? atau kau hanya pandang dia semata mata sebab dia nampak kool , sebab dia handsome , sebab dia kaya , sebab dia ramai peminat , sebab dia ramai kawan , sebab dia famous atau sebab dia ada kepentingan yang kau rasa kau boleh pergunakan dia ?

3 comments:

Anonymous said...

the best entri so far.
aku taktau pasal keperibadian and kerupaan ke apa-apa,
yang aku tau, kawan2 rapat aku tak hensem pun.
serius.
hahahah gila jahat!
tapi sebab keperibadian yang boleh 'in' so boleh jadi kawan.
tapi
tapi sebenarnya, aku lagi selesa berkawan dengan orang ada rupa biasa-biasa dari orang ada rupa dan terlalu hot.
yeah sedikit diskriminasi di situ.
oh wait.
kau cakap pasal 'suka seseorang'.
dan aku cakap pasal kawan.
nevermind lah~

coffeeaddict said...

aku pernah. jujur ni.

Along said...

kakak yang sorang ni mungkin nampak seperti menyokong saja pilihan elmo biarpun dalam hati cakap tunggu dan sabar.

tapi dek kerana elmo gembira dengan pilihannya di waktu itu, kakak mana yang tak mahu adiknya tak gembira..kan?

jujur seperti mana fynn cakap -- kakak2 elmo di sini mahu elmo sentiasa gembira. senantiasa.