Wednesday, April 7, 2010

nama je budak universiti

aku ada cerita. pasal budak-budak universiti. kau orang mesti ingat , budak universiti ni mesti budak pandai kan ?

salah.

budak universiti ni ada yang pandai apa yang dia orang belajar je. yang dia orang tak belajar , dia orang ni agak bodoh lahanat sikit.

aku tak nak cakap kosong. aku bagi sikit contoh yang aku nampak dekat kalangan budak-budak universiti teknologi mara kampus pulau pinang ni saja.

sepanjang hampir empat tahun aku dekat sini [satu contoh bodoh , sebab extend sampai setahun] , aku nampak budak universiti ni cetek ilmu yang perlu guna akal otak rasional. benda remeh temeh , selalu dia orang tak ambil peduli. bak kata orang zaman sekarang , otak sempit la der.

kau orang bayangkan.

macam mana manusia dekat malaysia ni nak maju , kalau generasi yang bakal memimpin negara masa akan datang ni , duk kolot macam generasi dulu-dulu. kamon la. macam mana nak maju ?

ni kalau nak naik satu tingkat pon , sanggop tunggu lif sampai 5 minit. kau saja nak buang masa supaya masuk kelas lambat. tak pon kau saja nak manjakan diri kau dari kena naik tangga. lepas tu ada angan-angan nak jadi maju macam orang jepun. dalam tidur la wei.

dekat kampus aku ni , ada macam bulatan untuk pejalan kaki. tapi budak-budak universiti aku ni yang pandai sangat ni , buat bodoh je dia orang jalan atas rumput. dah tak bertumbuh rumput tu. mati wei rumput tu ! kesian aku tengok pakcik makcik yang duk siram siram dekat situ. apalah gunanya laluan berbatu yang orang dah buat tu agaknya ?

konon nak setaraf dengan barat. tapi datang kelas lambat. lepas tu ada hati nak balik awal setiap kelas. apa punya jenis manusia yang nak maju macam ni pon aku tak tau. dah la naik bas pon nak berebut. nak beli makan pon tak ikut turutan. macam budak sekolah.

masuk library , dah terang-terang tanda jangan guna telefon dekat situ terpacak. nak juga kau call awek kau dalam tu. bisik ? ye aku tau kau bisik. lagi annoying adalah.

lagi satu yang paling ketara , buang sampah merata. ni golongan paling bijak pernah aku jumpa dalam uitm ni. tong sampah punya banyak pihak universiti dah provide der. jangan jadi bodoh.

tapi yang paling aku menyampah , golongan langgar lampu trafik. kau bawak motor pakai sticker uitm. paling hodoh bila kau pakai baju uitm. lepas tu , kau langgar lampu trafik. apa orang pandang dekat kau , kau rasa ?

aku malas cakap banyak. aku sendiri bukan bagos sangat pon.

tapi kalau macam ni la mentaliti budak universiti , jangan harap aku nak mengaku aku ni budak universiti.

lu ada otak kan ?

No comments: