Wednesday, January 18, 2012

"Relationship Status"

baru lepas menonton "Relationship Status" tadi.



kalau haritu "Songlap" aku sesuka hati bagi 3.5 bintang, "Relationship Status" ni senang senang dapat 4 bintang. aku cadangkan semua orang pergi tengok cerita ni. sebab sedangkan Muallaf tu punya susah aku nak tengok lepas ditayangkan dipanggung, inikan pula "Relationship Status" yang hanya ditayangkan di pawagam TGV yang terpilih sahaja ni. baik pergi tengok sekarang sebelum terlambat.

lepas aku tengok "Relationship Status" ni, aku rasa nak delete akaun facebook aku serta merta. juga malas dah rasanya mahu bertwitter. dan ini adalah salah satu sebab aku malas nak mintak umi abah RM20 untuk menambah nilai blackberry aku.

social networking buat relationship makin jadi complicated.

macam ada kawan cakap dekat aku dulu, "kau tengok kau layan perempuan macam mana dekat twitter, macam mana perempuan nak dekat kau? semua perempuan kau layan sweet sweet. memanglah sorang pon tak lekat!".

jadi kita tengok. tanpa twitter, apa boleh jadi dengan kehidupan sosial aku. dengan perempuan secara khususnya.

esok, pergi tengok "Relationship Status" ni. aku desak korang pergi. PER! GI!

kalau Khairil M. Bahar boleh tulis, direct, edit cerita ni, Mohd Zulhelmie Zullifan juga PASTI BOLEH!

1 comment:

irma-ain ibrahim said...

social networks la yang merosakkan dating kita. i datang dari jauh from Penang tapi you tak berapa layan. walaupun i bukan lah rapat mana dengan you tapi i sedih sebenarnya. sumpah i tak tipu. ingat boleh kenal lebih rapat tapi sebab Twitter , haihhh.

realiti tak sama macam social networks la sayang. :)