Wednesday, June 22, 2011

perancangan masa depan.

sejak dua menjak ni, aku tak ada feel langsung nak menulis blog ni. rasa empty gila. tulis panjang panjang, lepas tu delete balik. mungkin sebab faktor penat bekerja. atau mungkin atas faktor faktor lain.

aku dah lama tak cerita pasal diri sendiri dalam blog. tak habis habis cerita depressed deep deep bagai je pon bosan jugak. kadang kadang ada jugak rasa nak menunjuk. ye lah, esok last day kerja dengan team drama "secangkir cinta setitis madu" lah kata kan. jadi nak jugak menunjuk yang lepas ni aku dapat merasa cuti.

kerja 40 hari cuti cuma dua hari seksa gila tau tak? cuti pon awal awal haritu je. ni dah straight 28 hari kerja tak ada cuti. rasa bangsat je perasaan tengok orang keluar dating.

cuti seminggu lebih sikit ni, aku akan manfaatkan sepenuhnya. dalam kepala ada tiga short film. satu dah siap storyboard bagai. nak kena siap before jumaat ni. pundek betul aku cuma ada hari khamis untuk shoot and edit video tu. lepas tu ingat nak siapkan projek askar haritu. video "kawan" yang dah terbengkalai lama sangat dah tu. lagi satu short film tu, dalam proses mantapkan jalan cerita lagi.

habis je cuti, terus sambung kerja dengan ada satu production ni. drama 13 episod lagi. tapi kali ni tak jaga continuity dah. pening kepala. kali ni kerja keras sikit, buat assistant cameraman. boleh kuruskan badan alang alang. tambah nak bulan puasa pulak lepas tu. phew. seronok. aku ingat lagi ayat abang husin mentor kamera filem aku, "abang dah tua, lepas dua tiga job lagi, kau pulak lah jadi cameraman". aku cuma mampu amin dalam hati. walau luar hati rasa nak melompat lompat. kalau tak dapat jadi director lagi pon, dapat jadi cameraman dulu pon apa salahnya. nanti baru boleh jadi bade azmi!

kalau cemerlang kerja dengan production tu, aku mungkin akan terus sambung buat drama 13 episod lagi. tapi yang tu shooting dekat melbourne sebulan. rasa teruja nak mampus. padahal job yang sekarang ni pon belum habis. durhhh.

producer yang sekarang ni duk recommend aku sambung belajar filem dekat indo. dia boleh mintakkan dana dekat finas. i'm looking forward to that. tapi sebelum sambung belajar, aku nak kumpul duit supaya dekat tempat orang nanti, tak adalah aku hidup menyusahkan mak ayah aku lagi. boleh guna duit sendiri je.

tapi ni semua hanya perancangan. Allah je yang menentukan.

tu cerita pasal karier. jom cerita pasal peribadi.

masih sama macam dulu. belum ada kekasih. masih ramai musuh. same old story.

BORINGGGGGGG!