Thursday, June 30, 2011

my super ex-girlfriend.

ingat cerita cinta aku masa lepas spm dulu?

tak?

aku pon tak. (tipu)

minggu lepas aku gatal tangan mintak bbpin super ex girlfriend aku. sebab nampak dia tweet pakai bb. tipikal elmi, kalau nampak orang tweet pakai bb, terus mintak bbpin.

dah di add pon super ex girlfriend ni hari tu. tapi tak pernah aku nak tegur dia. buat dekkkk je. sampai lah tadi petang. dia tegur aku.

"add i dekat bbm ni saja nak penuhkan contact list je ke?"

dan teruslah kami berdua melepaskan rindu yang teramat sangat. (tipu lagi)

dipendekkan cerita, selepas lebih 4 tahun tak bertegur sapa. tadi masing masing dah mengaku salah masing masing. masing masing dah mengaku tak matured. childish. masing masing dah mintak maaf.

macam lagu katy perry. we fight we break up. we kissed we make up.

cuma tinggal nak kiss je ni belum lagi.

EH!

cuma, tadi aku macam ada kelentong dia sikit. dia cakap pasal benda dulu dulu tu. aku cakap aku dah tak ingat apa yang jadi. padahal dalam kepala ni ingat lagi satu persatu apa yang jadi. yelah, belum get over kan. gila kau. setahun setengah aku tunggu dia dulu. pastu aku ingat semua tarikh penting aku dengan dia. kau ingat senang senang aku nak lupakan dia? aku tak pernah langsung jatuh cinta dengan mana mana perempuan macam yang aku jatuh cinta dengan dia. sampai sekarang ni pun. dia tetap dia. macam mana lah tak bergegar tangan bila bercakap dengan dia?

lagi pulak bila dia bukak topik, "bila you nak kawen?". hish. bergegar dunia.

bila aku tanya dia balik, rupanya sekarang dia dah single balik. nasib baik aku bukan elmi yang dua minggu lepas. kalau elmi yang dua minggu lepas, situasi macam ni, memang dah terus ajak keluar dating terus dah. cinta lama berputik kembali katanya. tapi nasib baik elmi yang sedang menaip sekarang ni don't do dating. kalau setakat nak lepak minum kopi starbucks tu boleh lah kot. itu pun kalau free (bukan kopi starbucks tu yang free, tapi aku yang tak busy).

aku rasa lega bila dah mintak maaf bagai semua ni. rasa ringan beban. mintak mintak segala sumpahan dekat aku ni dah hilang lepas ni.

sekarang dah boleh get over. atau nak start over?

EH!

ni mampus ni kalau umi dengan ayu baca blog ni nih.

3 comments:

A said...

hye, i am faced a same situation.. me n my ex-bf broke-up 5years ago.. since that we never cntact, meet or anything... then baru2 ni jmpe kat fb n baru la cite n say sorry sume bagai... on that time betul, sume beban mcm dh ringan gile... then he added me on bbm then suddenly die ajak jmpe, then i said, no way, i won't meet u.. on that night, he came to my house, for my 1st time in my whole life i kuar rumah, when i saw his face kat dpan rumah,i run into his arm n hugging him n i feel like i wont losing him for a second time... then now, we back together... n hopefully, for second chance ni, we can learn from the past, do not repeat any same mistake... 1 thing that u should know is ape yg pompuan ckp sometimes terbalik... like i said to my-ex that "sy benci awak smpai mati" sbnrnye i didn't mean those words.. disebalik "sy benci awak smpai mati" tu acct "sy syg awak smpai mati.." so klau u nak back together, just do it, don't be afraid to take a risk.. hahaha... gile pnjang comment aku ni, but bydway gud luck eh!! mcm lagu coldplay-fix you "if you never try you'll never know" :')

Anonymous said...

maybe second chance is a good one. try lah. and her words semuanya betul. :)

Ibu Ammar said...

kenapa kau dah tanak dating2?

lepak kat starbucks salah satu agenda yang aku suka.

apa salahnya mencuba, kali ni kot menjadi plak hubungan tu.

apapun. wish u all the best bro!