Monday, April 12, 2010

jangan jadi bodoh

tadi aku kena saman dengan pak guard yang rasa diri dia orang ni kool gila jadi pak guard. aku bukan anti pak guard. tapi aku benci sesetengah pak guard yang tak ada perikemanusiaan sungguh ni.

aku kena saman sebab aku tak pakai baju kemeja serta tali leher ke kampus pagi tadi.

untuk pengetahuan semua , sepanjang semester ni , setiap hari isnin , aku tak pernah miss pakai baju kemeja dengan tali leher serta slack. sebab aku rasa aku extra handsome kalau dress-up macam tu.

pagi tadi je aku pakai jaket mekanikal tu hah. sebab lepas kelas , aku nak kena pergi siapkan propeller dekat lab. kena bertukang. jadi jangan jadi bodoh nak kena pakai baju kemeja serta tali leher kan ?

bila aku cuba explain , aku ditengking balik. aku malas nak cakap banyak. aku tandatangan je surat saman tu. padahal dalam hati membuak-buak memaki. bodoh punya pak guard.

pakcik polis pon pandai bagi amaran la weh.

lagi satu yang bodoh , hari tu aku ada cakap pasal budak pelajar uitm yang pijak rumput. hari ini aku dapat pastikan yang pihak pentadbiran uitm lagi bodoh sebenarnya.

ada ke patot jalan berbatu tu dia pergi timbus dengan rumput. memang cari nahas semua orang pijak lepas ni. tak patut betul kalau kena pusing satu pusingan nak masok kampus !

No comments: